Tuesday, January 3, 2012

Perkhabaran perhimpunan Bersih makin hari makin menyemakkan benak hati aku yang cetek dengan ilmu politik ni. Aku tak sukakan politik tapi aku juga berhak memberikan sepatah dua kata terhadap apa yang tengah berlaku sekarang ni. Ramai orang Islam cakap politik ini adalah sebahagian daripada Islam, tapi aku tak pasti kedua-dua belah pihak yang ada sekarang ni betul-betul berlandaskan politik Islam ataupun tidak. Masing-masing cuba manipulasikan apa yang ada selagi boleh memenangi hati rakyat. Cuma sekarang ni aku nak ketengahkan isu yang aku sangat-sangat tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih yang bakal berlaku 9 Julai nanti. Apa yang diorang tuntut adalah untuk mendapatkan sistem pilihan raya yang bersih. perhimpunan bersih Rasa seperti tidak patut nak buat perhimpunan besar-besaran semata-mata untuk tuntut perkara di atas. Bukankah sudah banyak medium yang boleh digunakan untuk tujuan tu. Perhimpunan ni bakal mengotorkan keadaan Malaysia lagi. Memang betul apa yang kerajaan sekarang ni buat ada banyak buruknya tapi baiknya lebih banyak daripada buruk. Aku tidak nampak apa yang kotornya dalam pilihan raya. Tapi aku pasti, kalau pihak pembangkang sekarang jadi raja, memang diorang akan buat benda yang sama. Lagi satu apa yang aku tidak suka, pencetus idea Bersih ni adalah orang bukan Islam dan bukan Melayu. Bukankah itu suatu yang sangat tidak patut? Mana perginya pemimpin pembangkang Islam yang lain? Kenapa tidak diorang yang menjadi nadi utama perhimpunan Bersih ni? Aku bukan nak jadi racist di sini. Ini kerana aku sayangkan kaum aku, agama aku dan Malaysia. Malaysia adalah hak kita! Ambiga ni siapa? Apakah dia mahukan selain daripada pilihan raya yang bersih? Cits! Tolong fikir rakan-rakan kalian.. perhimpunan bersih Siapakah Ambiga ni? Kenapa dia yang perlu beriya-iya menegakkan isu sistem pilihan raya yang bersih ni. Kenapa bukan orang lain? Adakah dia nak tolong penduduk Malaysia? Atau dia yang cuba nak cuba jadi ketua di Malaysia ni? Menurut pembacaan aku, Ambiga ni memang suka cari pasal dengan undang-undang Malaysia. Dialah yang menyokong murtadnya seorang bekas muslimah, Lina Joy. Dia sanggup memberikan khidmat guaman percuma bagi sesiapa saja yang ingin murtad daripada agama Islam kepada agama lain. Masya-Allah! Malah dia juga mencadangkan agar peguam yang bukan beragama Islam boleh menjadi peguam di mahkamah syariah. Kenapa? Tidak cukupkah peguam-peguam yang beragama Islam yang lain? Jadi sekarang dia cuba membatu api kan kaum Melayu di antara satu sama lain. Percayalah, tidak ramai orang yang bukan Melayu yang bersungguh-sungguh nak sertai perhimpunan Bersih ni. Ada kawan aku bertanya pada rakan dia yang bukan Melayu, kau sokong is bersih ni? Kawan dia jawab, mestilah sokong. Tanya ni pulak, kau turun tak join perhimpunan dan perarakan Bersih? Hishh.. mana ada join.. Melayu sama Melayu saja yang berlaga kepala, kaum lain tepuk tangan tunggu masa. Ambiga ni sangat rapat dengan pihak AS lebih-lebih lagi dengan Hillary Clinton. Pihak luar tunggu masa je nak serang Malaysia ni. US memang suka kalau isu-isu rakyat ni dipermainkan. Diorang tunggu je Ambiga ni bagi green light masuk Malaysia. Apa lagi yang korang nak wahai peserta Bersih? Tak cukup aman lagi ke Malaysia ni? Cuba la bandingkan negara luar dengan Malaysia ni. Harga barang naik? Petrol naik? Adoiyaiiii.. Kerja la lebih kalau nak hidup senang.. Aku lagi rela bayar mahal daripada kehilangan hak istimewa dekat Malaysia ni. Rakyat Malaysia jangan manja sangat ok! P/S: Tolonglah, janganlah porak perandakan Malaysia :’( perhimpunan bersih THIS IS NOT OUR WAY!

No comments:

Post a Comment