Tuesday, January 31, 2012

Puak-puak PAS cukup marah jika kita mengutuk Tok Guru mereka, Nik Aziz Nik Mat. Puak-puak PAS cukup benci kepada kita jika kita menyerang Nik Aziz walaupun Mursyidul Am PAS itu ternyata tidak benar. Puak-puak PAS ini cukup geram jika kita terus menerus menghentam Nik Aziz yang sememangnya tidak tahu langsung mengenai pengurusan Negeri. Ketaksuban puak-puak PAS terhadap Nik Aziz ini menyebabkan hingga ada yang sanggup mencuri seliparnya dan meminum air basuhan tangannya. “Berkat…” katanya. Penulis akui. Nik Aziz dikagumi oleh orang-orang di sekelilingnya. Pelbagai kisah diceritakan mengenai kebaikan Nik Aziz. Ada yang bercerita tentang Nik Aziz yang menolong orang yang pancit tayar keretanya. Ada yang merakamkan gambar Nik Aziz bersolat dibelakang ruang pejabatnya. Ada juga yang membandingkan rumah Nik Aziz dengan rumah Mukhriz Mahathir. Nik Aziz begitu “mulia” di mata puak-puak PAS ini. Kata mereka, “molek benar akhlak Tuan Guru Nik Aziz” ini. Pada penulis, akhlak Nik Aziz ini tidak ubah seperti akhlak para paderi Kristian. Cuba lihat akhlak para padera Kristian di gereja-gereja besar di seluruh negara. Lihatlah bagaimana paderi-paderi Kristian ini membuka pintu kepada pasakit dan pembawa HIV AIDS. Bukan sahaja tempat tinggal dan makan minum yang disediakan, malahan ubat-ubatan, doktor dan jururawat juga disediakan. Paderi-paderi ini sering menolong yang golongan miskin dengan memberikan wang saku bulanan dan bantuan keperluan-keperluan rumah. Sebutkan apa saja keperluan, beras, gula, garam, kopi atau teh, semuanya mampu disediakan oleh paderi-paderi Kristian ini. Baik sungguh akhlaknya. Malah mungkin lebih “mulia” dari amalan Nik Aziz. Namun penulis yakin, disebalik kebaikan akhlak yang “mulia” Nik Aziz dan paderi itu, terselindung agenda yang bakal memesongkan kehidupan seseorang. Akhlak yang dipamerkan itu tidak lebih dari sekadar untuk “memancing hati” mereka-mereka di sekeliling mereka. Mungkin di sudut hati Paderi itu mengharapkan agar pesakit-pesakit AIDS beragama Islam itu memeluk Kristian sebelum tiba ajal mereka. Dan mungkin juga di sudut hati Nik Aziz mengharapkan agar mereka-mereka yang beragama Islam memeluk agama PAS atau agama “isle”! Penulis sedar, pasti ramai yang tidak senang dengan tulisan penulis kali ini. Namun, penulis terpaksa menulis untuk memperbetulkan persepsi tentang perihal Nik Aziz Nik Mat. Biarlah penulis membahasakan Nik Aziz sebagai “Pok Nik” supaya lebih “mesra” dipandang pembaca. Pembaca tentu ingat sebuah buku berjudul “Shit!” karangan Shanon Ahmad. Pok Nik dengan selambanya meng”halal”kan caci maki, kata keji dan carutan yang Shanon Ahmad lemparkan kepada pemimpin Kerajaan Barisan Nasional. Malah Pok Nik mendakwa Allah juga mencaci maki, berfirman dengan bahasa keji dan mencarut! Ya, penulis akui bahawa Allah ada berfirman begitu di dalam Al-Quran. Namun, Pok Nik menyamakan Shanon Ahmad itu sebagai Allah yang sedang berfirman? Apakah buki “Shit!” itu merupakan Al-Quran kedua bagi Nik Aziz untuk diikuti ajarannya? Tidak hairanlah jika puak-puak PAS ini lebih suka mencaci dan mencarut dari memberi salam kepada saudara seIslam yang lain. Ketika isu kalimah “Allah” sedang hangat dibicarakan umum dan diperbahaskan di dalam parlimen, Nik Aziz hanya berdiam diri buat seketika. Sehinggalah Anwar memberikan sokongan kepada penggunaan kalimah “Allah” kepada The Herald dan orang bukan Islam yang lain, barulah Nik Aziz bersuara. Nik Aziz menyokong kata Anwar itu dengan meng”halal”kan pengunaan nama Allah oleh sesiapa saja. Namun, Ustaz Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS yang diketahui umum mempunya ilmu yang tinggi dan kefahaman Islam yang hebat telah membantah penggunaan kalimah “Allah” ini oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai “kufur”. Jika dibandingkan kehebatan ilmu dan kefahaman Islam di antara Harun Din dan Pok Nik, bagai langit dengan bumi. Jauh sekali Harun Din meninggalkan Pok Nik. Namun, oleh kerana Pok Nik Mursyidul Am dan Harun Din hanya Timbalannya, maka Pok Nik lebih dilihat sebagai yang lebih benar, meskipun lebih ramai ulama PAS yang bersetuju dengan Harun Din! Ketika Muktamar PAS yang lalu, Hj. Hadi Awang berbicara tentang Kerajaan Perpaduan di antara PAS dan UMNO/BN. Nasaruddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS menyokong penuh cadangan Presiden PAS itu. Sebagaimana kita tahu, Hadi Awang adalah seangkatan dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor yang pro-ulama suatu masa dahulu. Nasaruddin pula adalah merupakan “anak didik” golongan ulama PAS. Mungkin melihat keadaan umat Islam yang semakin kucar-kacir disebabkan terlalu berpolitik, maka Hadi mencadangkan agar umat Islam kembali bersatu. Bukankah begitu ajaran Islam sebenarnya? Namun dengan tidak semena-mena, Pok Nik bingkas membantah keras cadangan menyatu padukan umat Islam di Malaysia! Kala itu, kumpulan “Erdogan” di dalam PAS menyokong kuat Pok Nik, terutamanya Husam Musa. Pelik benar Pok Nik sebagai seorang ”mursyid” Parti Islam, membantah ajaran Islam yang sebenar. Hadi, Nasaruddin dan ramai lagi penyokong Kerajaan Perpaduan dikecam hebat oleh Pok Nik dan Erdogan PAS. Pok Nik dengan lantang menuduh mereka sebagai “agen UMNO”. Malah Nasaruddinlah yang paling teruk kena “belasah” oleh Pok Nik dan konco-konconya. Lihatlah bagaimana susahnya menyatupadukan umat Islam. Di ajak bersatu pun Pok Nik tolak! “Dendam..” katanya dengan panas hati, dendam membara. Lebih melampau lagi apabila Pok Nik berkempen untuk “memancing undi” pada pilihanraya. Dengan tanpa rasa bersalah, Pok Nik mengibaratkan bahawa mengundi PAS atau Pakatan Rakyat mendapat pahala dan bagaikan mendapat “tiket” ke syurga. Siapa Pok Nik untuk menentukan pahala dan dosa? Apakah Pok Nik yakin dengan “fatwa”nya itu? Apakah mengundi DAP juga akan diberikan pahala? Apakah Pok Nik sendiri memiliki “tiket” ke syurga dan mampu mencetak “tiket-tiket” untuk pengundi-pengundi yang mengundi PAS atau Pakatan Rakyat? Syurga Neraka itu hak milik pusaka turun temurun keluarga Pok Nik kah? Apakah Pok Nik merasakan bahawa dirinya itu Allah? Apa kata ulama-ulama PAS? Tidakkah Pok Nik itu menduakan Allah dengan dirinya apabila berkongsi hak dengan Tuhan Rab Al-Jalil? Astaghfirullahila’zim. Kerana kuasa “politik” Pok Nik hilang pertimbangan. Sudah lebih dari 20 tahun Pok Nik memerintah Kelantan. Ya, Kelantan membangun. Namun Kelantan bukan membangun bersama Islam, tapi Kelantan membangun bersama “billboard-billboard” besar bertulisan jawi di merata-rata tempat. Di belakang “billboard-billboard” itu, boleh dilihat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Kelantan makin mundur kebelakang. Rakyatnya masih miskin dan pendapatan mereka masih rendah. Di belakang “billboard-billboard” itu masih ramai remaja-remaja Kelantan yang hanyut memadu asmara menjadi bohsia dan bohjan, merempit bagai tiada tamadun dan majalah Mastika pernah memaparkan betapa Serambi Mekah ini bertukar menjadi “Serambi Maksiat”! Sudahlah tiada pembangunan yang dikecapi oleh rakyat Kelantan, malah pembangunan spiritual pun gagal diterapkan oleh Pok Nik kepada rakyatnya. Jadi Pok Nik tak payahlah mendabik dada kononnya rakyat Kelantan bebas maksiat, bebas arak dan bebas dari rasuah. Pasar Siti Khadijah jadi “saksi” bagaimana aksi “wayang” pemimpin-pemimpin PAS Kelantan… Justeru itu, penulis melihat bahawa memiliki akhlak mahmudah sahaja tidak cukup untuk menbentuk seorang pemimpin Islam yang hebat dan harus menjadi ikutan ramai. Ketaksuban puak-puak PAS terhadap Pok Nik begitu membuta tuli membuktikan bahawa mereka kurang berfikir atau tidak mahir menggunakan akal yang dikurniakan Allah. Sebagai Mursyidul Am atau pemimpin tertinggi parti Islam, seseorang itu harus memiliki keperibadian yang tinggi, tahap keilmuan yang hebat, adil dalam setiap perkara, bijaksana dalam membuat sebarang keputusan dan yang paling penting ialah bertaqwa, beristiqamah dan wasatiah di dalam setiap amalannya. Mungkin keperibadian dan kebaikan akhlak Pok Nik setaraf dengan paderi-paderi Kristian. Paderi Kristian memesongkan akidah umat Islam dengan kebaikan hati, akhlak, bantuan kemanusiaan dan bantuan kewangan yang berterusan. Setahu penulis, begitulah salah satu cara para mubaligh Kristian berdakwah selepas zaman Perang Salib sehingga hari ini. Dan begitu juga Pok Nik yang “berniaga”kan akhlak dan agamanya untuk ditukar ganti dengan ketaksuban penyokong-penyokongnya, dan seterusnya memesongkan corak pemikiran mereka sehingga sanggup membisu menyebelahi Pok Nik walaupun melihat kebenaran dinafikan di depan mereka. Mereka bersama-sama berdoa “pecah perut” dan menganggukkan kepala bersetuju dengan amalan keji maki hamun dan mencarut. Itulah kejayaan Pok Nik selama ini yang begitu hampir sekali jika diibaratkan dengan kejayaan paderi-paderi di Malaysia ini. Wallahua’alam. Share this: Share Email Print By dukeofmontecristo

No comments:

Post a Comment