Tuesday, January 17, 2012

Suara rakyat suara keramat. Itu kata-kata yang sering dilontarkan oleh pemimpin politik tidak kira daripada parti mana sekalipun. Suara rakyat juga harus didengar demi survivel politik. Suara rakyat juga tidak harus dipandang ringan kelak nanti ada yang tersungkur ketika pilihanraya. Hebatnya suara rakyat. Dalam arena politik sekarang bermacam-macam kaedah yang boleh digunakan dalam mendengar suara rakyat. Antaranya perjumpaan bersama rakyat secara berkelompok, membuka pusat khidmat rakyat dan sebagainya. Itu secara offline dalam mendekati rakyat. Dalam teknologi internet yang semakin berkembang pendekatan secara online tidak harus dipinggirkan. Usaha terbaru Dato Seri Najib mendengar pendapat rakyat demi kebaikkan semua pihak dengan melancarkan 1Malaysia Roundtable ataupun Perbincangan Mejabulat 1Malaysia menampakkan kesungguhan beliau untuk mendekati rakyat dari semua golongan dalam memberi pendapat dan juga idea untuk kebaikkan semua pihak. Inilah konsep yang perlu kita amalkan dalam negara kita yang berbilang bangsa dan kaum supaya kepentingan semua pihak dapat dijaga. Rakyat boleh menghantar segala macam idea dan pandangan dan ada kemungkinan idea-idea tersebut akan diguna pakai oleh kerajaan sekarang. Kita jangan mengharapkan segala idea yang kita lontarkan akan mendapat "feedback" daripada PM sendiri kerana kita sedia maklum jadual beliau yang ketat. Akan tetapi kita melontarkan pandangan atas dasar sayangkan perpaduan yang sedia ada yang telah terjalin sekian lama dan kesungguhan untuk melihat negara kita terus maju dan makmur. Inilah antara pendekatan terbaik untuk rakyat bukannya datang berdemonstrasi di jalanan dalam menyuarakan pendapat ataupun idea. Konsep meja bulat ini juga akan memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia mempergunakan sepenuhnya teknologi internet yang diberi perhatian serius oleh kerajaan bukannya menggunakan internet untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang terbukti telah berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Pendekatan berdemonstrasi bukanlah satu idea yang bagus untuk kita praktikkan dalam konteks rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Kita jangan melihat kepada negara luar kerana keadaan mereka di sana dan di Malaysia tidak sama. Tindakan paling senang untuk kita fikirkan adakah kerajaan Mesir memjaga rakyatnya sama dengan kerajaan Malaysia dari segi subsidi. Walhal Mesir boleh dikatakan negara yang kaya dan lebih kaya daripada Malaysia. Ini yang perlu kita fahami. Perhimpunan BERSIH tidak akan menjanjikan satu perubahan radikal kepada sistem pentadbiran negara. Apa yang mereka inginkan adalah satu suasana huru-hara di kalangan rakyat. Dalam masa yang sama mereka cuba mendapatkan simpati rakyat untuk meneruskan agenda mereka. Pembangkang akan cuba menggunakan segala macam pendekatan demi mendapatkan kuasa politik tetapi kita sebagai rakyat harus melihat adakah mereka mampu membawa kebaikkan untuk rakyat. Contoh paling jelas kita boleh lihat bagaimana pembangkang mentadbir negeri-negeri yang mereka berjaya kuasai pada PRU yang lepas. Hampir semua negeri tersebut mengalami masalah dari segi pentadbiran. Jom kita sokong 1Malaysia Roundtable. KLIK SINI. ... Read the rest Tags - Del

No comments:

Post a Comment