Saturday, January 21, 2012

UMNO KALAU INGIN MENANG - PIKAT PENGUNDI MUDA. Stastik dari Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) lebih empat juta orang pengundi layak untuk mengundi tetapi masih belum terdaftar sebagai pengundi. Negeri Selangor mempunyai jumlah yang paling tinggi belum didaftar iaitu seramai 787,000 orang. Johor 605,ooo dan Perak pula 526,000 dan Sarawak 473,000. Dikatakan majoriti yang tidak mendaftar sebagai pengundi ini adalah golongan muda yang mencecah 21 tahun. Di Malaysia umur layak mengundi bermula dari 21 tahun. Dari populasi penduduk yang hampir 27 juta orang terdapat 11 juta pengundi telah daftar dan sekiranya empat juta ini didaftarkan maka jumlah ini akan meningkat kepada 15 juta pengundi di pilihanraya umum akan diadakan selewat-lewatnya sehingga tempuh pemerintahan sekarang akan tamat pada tahun 2013. Pertambahan 4 juta pengundi baru dan 3 juta pengundi muda yang telah undi pada PR2008 akan menjangkau lebih 7 juta ini pasti akan ubah lanskap politik negara akan datang. Pengundi muda akan menjadi faktor penentu kemenangan untuk parti politik. Jika golongan ini condong kepada UMNO/BN negara ini terus diperintah oleh UMNO/BN. Sekiranya golongan ini condong kepada Pakatan Rakyat berkemungkinan besar PR mampu menawan Putrajaya. Bagitu pentingnya peranan pengundi-pengundi baru ini. Dengan sebab inilah UMNO telah berusaha dengan keras mendaftarkan pengundi baru 24,818 orang diikuti oleh DAP17,756 dan PAS pula 16,987 orang. Dari kajian dilakukan oleh Pemuda UMNO diketuai YB KJ majoriti golongan pengundi muda ini bukan penyokong mana-mana parti dan 3 daripada 5 pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih "duduk di atas pagar" mengenai pemilihan parti politik mereka. Pemikiran anak-anak muda di negara ini telah berubah mengikut perkembangan aliran "liberal Relatif" yang telah mula berlaku selepas era globalisasi di mana kumpulan bakal pengundi ini khususnya mula tidak berpegang kepada ketaksuban-ketaksuban nilai primitif atau pun klasik yang menyentuh berkenaan perbedzaan kaum, agama atau pun Ideologi Politik dan sebagainya. Pemikiran liberal relatif ini amat baik kerana ia adalah pemikiran Islam yang berpengertian manusia ini dilihat secara universal. UMNO perlu teruskan perjuangan untuk orang Melayu disamping perlu memainkan peranan sebagai parti politik tunjang yang dapat melopori kesemua parti komponen BN bersikap adil, menjaga kepentingan mereka dan yang penting mendapatkan semula keyakinan rakyat negara ini. Pada masa sama terjemahkan kepada tindakan yang betul. Menang atau Kalah di PR13 ini bergantung kepada sokongan dan kerjasama daripada parti-parti komponen. Tanpa sokongan parti komponen sukar bagi UMNO untuk menang selesa di pilihanraya akan datang. Pada Pilihanraya 2008 UMNO/BN cuma menang dengan 51.4 peratus kecapaian ini dibantu oleh Sarawak 30 kerusi, Sabah 24 kerusi dan Johor 24 kerusi. Jangan anggap kerusi-kerusi ini sebagai fixed- deposit UMNO/BN lagi. Di Sarawak empat kawasan parlimen yang BN pernah dimenangi kurang dari majoriti 10 peratus pada 2008. Kemenangan Pembangkang kerusi Sibu perlu dikaji dan perbaiki keseluruhan BN Sarawak. Pemimpin BN/UMNO Persekutuan perlu berhenti melayani Sabah dan Sarawak sebagai "Fixed Deposit" untuk mereka dan jangan persalahkan pemimpin-pemimpin BN Sabah dan Sarawak untuk melepaskan diri. Rakyat Sabah dan Sarawak perlukan rintihan mereka didengari oleh Pentadbir Negeri yang lama telah mengabaikan suara mereka. Dengarlah suara hati rakyat dan rintihan mereka dan jangan abaikan rakyat. Sebagai pemimpin lebih memerlukan rakyat daripada Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang tidak dengar suara hati mereka. "Ahli-ahli Parti UMNO jangan terperangkap dengan kepentingan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi. Sebaliknya mementingkan rakyat kerana mereka merupakan kunci kejayaan sesebuah parti politik. Pemimpin perlu dekatkan hati mereka dengan hati rakyat. Buatlah apa saja program, tetapi bukan buat semasa pilihan raya..tunjuk diri bahawa sentiasa berjuang kepentingan rakyat." - DS.Najib , Perdana Menteri. Posted by Mohammad Roslan at Saturday, July 31, 2010 4 comments Labels: BN, Umno Friday, July 30, 2010 Nik Ajis nyanyuk dah patut letak jawatan Tak terkilan ke penyokong PAS bila Twan Gulu semacam nak sanjung melebih-lebih kat ketua umum PKR, DSAI sampai nak samakannya dengan sifat nabi? Maka diriwayatkan alkisahnya, berbangga sungguh teramat-amatnya si DSAI bila dipuji perangai ada istiqomah setarap nabi... phuiiii.. Tatkala Ulama yang masuk UMNO disampahkan martabat mereka, ulama mufti Perak pun juga turut disampahkan martabatnya, tetiba pula si putar alam yang tiada ketokohan ulama itu dipuji melambung setinggi langit.. Padanlah semua 'pakar agama' yang diiktiraf sebelum ni setanding ulama PAS termasuklah Ostat Komeng dengan Ostat bala yang menimpa PAS. Itu entah lebih baik daripada Ulama yang sokong UMNO, pasal UMNO ni pada dia lagi zalim daripada DAPig. Kelapa parut punya umat.. Tuan Gulu Nik Ajis sambil tu tak ragu-ragu menyifatkan nilai Istiqomah (ketegasan) yang dimiliki Nabi Muhammad ada dalam diri Anwar? Takpe... kalau Nik Ajis nak mempromotekan Anwar ada istiqomah setaraf nabi, itu hak dia.. Cuma ketegasan yang diperkatakannya bagi pihak PAS tu tak mencerminkan sifat sebenar parti yang selalu putar alam ni... banyak ubah-ubah pendirian ikut musim. Sekarang dengan DAP pun ada umat PAS yang tak segan nak jawab salamnya.. Kalau ikut rasa hati, nak saja disergah orang tua tu biar dia mati terperanjat... Agaknya, kalau masih wujud akhbar macam ni bagi jer hadiahkan kat Tuan Guru, buat frame gantung kat dinding pejabat dia, supaya dia boleh ingat balik mana satu batu, mana satu nasi kerabu. Jangan semua diambil sumbat dalam perut.... Salam terompah...

No comments:

Post a Comment