Wednesday, January 18, 2012

Usah Belit-belit, Setuju Untuk Tidak Setuju… Maknanya Sepakat Tolak Hudud Semalam, seorang kafir harbi yang diangkat oleh puak-puak Pas untuk menjadi “Khalifah” mereka di Pulau Pinang telah membuat kenyataan “lawak bodoh” yang cuba memperbodoh-bodohkan rakyat, terutamanya puak-puak Pas yang sememangnya sering diperbodohkan itu. Dalam kenyataan bodoh berkenaan, Guan Eng memberitahu bahawa Pas dan DAP sudah mencapai kata sepakat untuk “bersetuju untuk tidak bersetuju” mengenai perlaksanaan undang-undang hudud di negara ini. Apa punya berbelit lidah Guan Eng ni? Tak bolehkah kalau tak belit-belit kenyataan itu? “Straight to the point” lah! Cakap saja yang Pas dan DAP sepakat untuk tidak bersetuju melaksanakan hudud, habis cerita. Semua orang faham. Apa Guan Eng ingat dengan “bermain lidah” sebegitu maka dia boleh perbodoh-bodohkan rakyat untuk faham makna kenyataan itu? Nampaknya Guan Eng “under estimate” daya intelektual rakyatMalaysia… “Khalifah” yang dianggap salah seorang “Khulafa Ur-Rasyidin” selepas Sayyidina Ali R.A itu memberi alasan pula bahawa agenda hudud tidak terkandung dan tidak diperbincangkan sama sekali dalam pertemuan antara kepimpinan DAP, PKR dan Pas, tidak terdapat dalam agenda buku Jing”gay”, serta tidak wujud dalam rangka kerja dasar yang disepakati oleh para “mursyidul am” ketiga-tiga parti itu pada tahun 2009. Kerana itulah hudud tidak dipersetujui. Jadi maknanya, selama ini Pas hanya syok sendiri? Begitu? Mursyidul Am Pas, seorang Tok Guru yang didewa-dewakan Pas itu hanya menipu puak-puak pengikutnya dengan memberi harapan nak laksanakan hudud, begitu? Jika benar, maka memang Nik Aziz dan Pas menipulah selama ini… “Ni Pok Nik Ajiz, ambo nok pese sikek kok mu nih. Kalu mu raso mu dok se pertahe ke hudud tu, mako mu dok payoh la janji sano sini. Dok payoh lo mu dok buwitahu sano sini mu nok kerajaae BN tolok hudud. Padahe, mu sendighi ye tolok hudud nihhhh…!” (terpaksa ditulis dalam bahasa Melayu Kelantan supaya Nik Aziz faham…) Selama ini, Nik Aziz canang di seluruh dunia mengatakan UMNO jahat, UMNO buruk, UMNO kafir, UMNO itu jahat belaka tiada yang jahat melainkan yang jahat belaka, dengan alasan bahawa UMNO tolak hudud! Padahal. Kebenarannya ialah UMNO tak pernah tolak hudud Islam! Yang ditolak ialah hudud ciptaan Pas kerana ianya tidak adil! Dan sekarang terbukti sudah bahawa Pas SENDIRI MENOLAK HUDUD! Buktinya, di dalam kitab suci terbaru Pas, Al-Kitab Al-Jing”Gay”, Pas tidak sertakan pun hudud di dalamnya. Dalam rangka dasar Pakatan Haram 2009, tidak ada sebarang dasar pun yang menyentuh soal hudud. Malah, dalam syura dengan para “Mursyidul Am DAP” baru-baru ini terbukti Pas sekali lagi menolak hudud dengan tidak mempersetujuinya, mengulangi apa yang diputuskan Hadi pada 28hb September lalu. Justeru itu, usah lagi menyalak soal hudud dan memberikan harapan palsu kepada puak-puak Pas yang selalu kena tipu itu. Memberi harapan palsu sebegitu samalah seperti menipu dan berbohong. Apa Nik Aziz tidak tahu bahawa berbohong itu berdosa? Apa? Tahaluf siyasi lagi? Macam perjanjian Hudaibiyah? Dalam perjanjian Hudaibiyah, tahaluf siyasi Rasulullah itu membawa keuntungan kepada umat Islam. Tapi tahalfu siyasi Pas dengan DAP ini jelas sangat merugikan Islam secara total! Nak tipu apa lagi? Tahaluf siyasi Pas yang bodoh dan merugikan…itu hakikatnya! Kalau Nik Aziz beri alasan “tahaluf siyasi” lagi, maka sekali lagi dia berbohong! Tambah dosa lagi? Sudah-sudahlah Nik Aziz. Beri sajalah jawatan Mursyidul Am Pas itu kepada ustaz Harun Din Al-Hafiz. Beliau lebih layak! Puak-puak Pas pun sudah celik mata dan tak mahu lagi tertipu dengan tunduk wala’ pada pemimpin yang merugikan Pas dari masa ke semasa. Sejak Pas berkawan dengan “setan” sudah banyak kali Pas dimalukan, dibisukan, rugi dan dikeldaikan sewenang-wenangnya oleh “setan-setan” dan “agen rejim Yahudi” itu… Sampai bila nak bertongkatkan jawatan tu? Sampai mati? mykmu.net

No comments:

Post a Comment