PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 4, 2012
13/05/2011 00:23
Najib Pelawa Pas Sertai BN
by admin
KUALA TERENGGANU, 30 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP! Adakah DAP boleh memperjuangkan agama Islam?
“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.
“Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”.
Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
“Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).
“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.
Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.
Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
“Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya.
UMNO Online-30/04/2011 15:04
Karpal Singh, Mat Sabu Adalah Kepala Konspirasi Jatuhkan Anwar??
by admin
Satu-satunya kata keramat Anwar Ibrahim buat ketika ini adalah “Konspirasi”. Tanyalah isu apa pun “DNA ke, jam Omega ke, video seks ke,” dan lain-lain lagi semuanya akan dijawab dengan jawapan “Konspirasi”.
Ikut kata Anwar tuduhan liwat Saiful adalah satu “Konspirasi”, video seks dengan pelacur pelajar China juga satu “Konspirasi”.
Lebih dahsyat lagi Anwar dakwa “Konspirasi” ini adalah permainan UMNO atau BN walaupun yang menuduh Anwar meliwat adalah Saiful, walaupun yang dedahkan video seks itu orang kepercayaan Anwar iaitu Datuk Eskay.
Jawapan Anwar cukup mudah “Konspirasi”. Benarkah ini satu “Konspirasi” dan benarkah “Konspirasi” ini dalangnya UMNO dan BN.
Hakikatnya jika kita imbas semula siapa dan pihak manakah yang paling awal membuat tuduhan ini ke atas Anwar Ibrahim!
Bukankah pada tahun 1997, Karpal Singh yang mula-mua menuduh Anwar terlibat dalam perlakuan liwat Anwar ini di Parlimen.
Bukankah pemimpin Pas, Mat Sabu yang bakal dinobatkan sebagai Timbalan Presiden Pas ini yang mula-mula menggelarkan Anwar ini sebagai Anwar AlJuburi!
Kalau Anwar mengatakan apa yang berlaku sekarang sebagai satu”Konspirasi” maka yang selayaknya dalang di sebalik “Konspirasi” ini yang sebenar-benarnya bukanlah UMNO atau BN tetapi Karpal Singh dan Mat Sabu.
“Gabungan pakatan rakyat tidak baik untuk kesihatan pemikiran rakyat”.
Kapten Ehsan Ibrahim
UMNO Online-28/04/2011 23:48
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment