Sunday, February 5, 2012

Adakah Pas kini akan kehilangan Presidennya iaitu kepala kepada parti? Semakin lama kerjasama PKR dan DAP bekerjasama dengan Pas semakin itulah Pas kehilangan identitinya dan perjuangan parti. Bekas naib presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kerana tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat. Nakhaei menegaskan Presiden Pas itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar parti itu namun diterima parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. “Saya rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS, yang mana kalau kita lihat PAS terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara. “Saya rasa Hadi sudah tidak boleh lagi berkompromi dalam perkara itu tapi oleh kerana golongan liberal PAS semakin berkuasa dan menyokong Pakatan Rakyat, Hadi berada dalam bermasalah dan terpaksa menyatakan pendirian itu,” katanya. Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 kelmarin dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu. Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama. Umno mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut. “Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama. “Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Dr Hasan Ali,” jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin. Advertisement Share this: Facebook Twitter4 LinkedIn Email Print Like this: Like Be the first to like this post. Posted by Terompah Besi ™ on February 2, 2012 in Adun Pas, Analisis Politik Semasa, Dap, DSAI, Melayu Islam, N.ajis, Pas, Pas Kelantan, Pemuda Pas, PKR, Pok Nik Hadi, Politik Pas, Sebagai ahli / Penyokong PAS and tagged Dap, Era Kejatuhan Anwar Nik Aziz dan Lim, Hj. Hadi, Ketuanan Melayu, N.ajis, ORANG MELAYU, Pakatan Perpaduan, PAS, Pas Kelantan, Pas Terengganu, Pelacur Politik Melayu, PKR.

No comments:

Post a Comment