Monday, February 6, 2012

Agenda Umno Ganti Pas Kelantan August 5 | Posted by khabarkotabharu | OGOS 2011 | 54 views Oleh Ali Salleh MACHANG – Sejak Pas ketepikan negara Islam dan perjuangkan negara berkebajikan, Umno dilihat parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan orang Melayu. Justeru ada pihak berbendapat Pas adalah parti Melayu Islam yang tidak dapat memenuhi Islam yang sebenar yang termaktub dalam Al-Quran yang dihuraikan Alsunnah Rasulullah SAW dan para ulama muktabar, walaupun diberi amanah memimpin negara sejak mencapai kemerdekaan dengan sebab-sebab berikut: 1- Pas menghakiskan Jati diri umat Islam sehingga umat Islam gagal dijadikan contoh terbaik dengan sebab kejahilan beragama kalangan masyarakat Islam. Mengawal khutbah Jumaat supaya ajaran Islam memecah belahkan umatnya, mengajak umat Islam di negara ini membenci pemerintah biarpun Malaysia sebuah negara berdaulat dengan menggalakkan demonstrasi dan aktiviti militan. Hakikatnya Malaysia bukan seperti Palestin, di mana negaranya dijajah dan hilang kedaulatan. 2 – Keruntuhan Akhlak di peringkat kepimpinan Pas sehingga ke akar umbi khususnya kemungkaran rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti Menantu Tok Guru sehinggalah ke peringkat MPKB-BRI sehingga memburukkan wajah Islam yang sangat cantik daripada Allah. Pemimpin Pas mula berkahwin ramai dan menunjukkan kemewahan mereka daripada menjalankan tugas untuk rakyat mengikut amanah yang diberikan. 3.Sumber negeri yang ada sepatutnya sudah mencukupi, tetapi terus tidak mencukupi mengendalikan urusan negeri dan rakyat kerana kebocoran dan salah urus seperti penjualan balak, pengambilan tanah untuk ladang rakyat dan penjualan hasil ladang rakyat dan penjualan aset kerajaan negeri seperti Bazar Tok Guru yang menyebabkan kerugian kerajaan Pas berjumlah RM50 juta. Kerugian seumpama itu menyebabkan rakyat dibebani inflasi dan ketiadaan peluang pekerjaan dan pendapatan yang tidak mencukupi dan cukai yang dipaksa. 4 – Kegiatan kebajikan rakyat ada juga, tetapi tidak sempurna dan menyeluruh mengikut objektif petunjuk Islam yang sempurna. Masih banyak rakyat Kelantan ketinggalan seperti penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat miskin di Kelantan. Malahan hak bukan Islam juga diketepikan termasuklah hak orang Asli yang mahukan tanah untuk warisan mereka. 5 – Konsep Islam yang diamalkan Pas tidak adil sehingga pelaksanaan Islam berbeza-beza ikut negeri seperti pelaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu tetapi tidak di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Sudah tiba masanya bangsa Melayu Islam bersama Umno dan meninggalkan Pas dan rakyat amnya bersama Barisan Nasional (BN), membuat perubahan bersama Umno dalam wadah Barisan Nasional, gabungan semangat baru memimpin perubahan. –KHABAR KB Share12 Share Read more: http://www.khabarkotabharu.com/agenda-umno-ganti-pas-kelantan/#ixzz1oET0JJ7A

No comments:

Post a Comment