Thursday, February 9, 2012

Ambil Iktibar “Salam Perpaduan” Penyatuan Fatah Dan Hamas BESUT, 6 Mei – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada perjanjian damai antara Hamas dan Fatah ketika UMNO menghulurkan “salam perpaduan” kepadanya. Jelas beliau perkembangan terbaru mengenai hasrat penyatuan Hamas dengan Fatah adalah contoh terbaik sebagai ukuran kepada kerjasama Pas-UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam di negara ini. Katanya penyatuan antara dua parti terbesar kaum Melayu itu sebenarnya perlu demi kepentingan bangsa, agama dan negara. “Kalau Hamas dan Fatah di Palestin yang sekian lama bersengketa sesama sendiri boleh berdamai, kita bila lagi. “Pas dan UMNO lebih banyak persamaan jika dibandingkan dengan Hamas dan Fatah, jadi tidak ada alasan Pas menolak perpaduan yang dicadangkan sebelum ini,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Besut di sini hari ini. Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bagaimanapun berkata beliau kurang yakin penyatuan Pas dan UMNO dapat dicapai dalam masa terdekat kerana terdapat pandangan berbeza pemimpin Pas mengenainya. Menurut beliau, masih terdapat kalangan pemimpin dan anggota Pas yang berpegang bahawa apabila berlaku lompatan parti, ia seolah-olah satu penderhakaan kepada parti itu. “Mereka juga pernah menyindir UMNO dengan menyatakan UMNO yang tergila-gila hendak menjalin perpaduan dengan Pas, bukannya Pas yang mencadangkannya,”kata Mukhriz. Bagaimanapun, beliau berharap, pemimpin dan anggota Pas akan melihat isu lebih besar iaitu penyatuan dua parti itu, jika direalisasikan, akan membawa kebaikan bersama. Lagi Berita Berkaitan : Fatah Dan Hamas Berdamai….. Tamatkan Persengketaan Kalau Fatah, Hamas Boleh Kenapa Tidak UMNO Pas… Henti Bertelagah, Ambil Iktibar Tsunami PRU12 Iktibar Dalam Kesejahteraan Dan Pentingnya Perpaduan

No comments:

Post a Comment