Friday, February 3, 2012

AWAS!!!!! KOMUNIS KEMBALI LAGI DALAM VERSI BARU Video BLOG KETUA KAMPUNG You are here: Home » komunis » AWAS!!!!! KOMUNIS KEMBALI LAGI DALAM VERSI BARU Wednesday, July 28, 2010 Posted by SUNGAI RAPAT ONLINE at 2:07 PM Apabila tiba bulan Ramadhan saya terkenang sahabat saya yang pergi menyahut seruan Ilahi. Dia meninggal akibat terkena jerangkap samar pengganas komunis . Sahabat saya masa itu berpangkat Ltm baru bertunang orang Batu Pahat. Sedih menyelubungi Kem Mahkota apabila dapat pangilan dari pasukan yang diketuai oleh kawan saya kena serang oleh pengganas. Dikhabarkan leher kawan saya hampir putus dan meninggal dunia di tempat kejadian. Bila terkenang zaman dahulu saya asyik memikirkan kenapa kebanyakan orang melayu sekarang masih sanggup menerima Chin Peng kembali ke Malaysia atau masih tidak sedar keujudan parti komunis Malaya masakini. Kadang-kadang bila teringat zaman muda dulu geram juga rasanya bila melayu sendiri sanggup menerima parti komunis malaya inilah yang saya luahkan "Aku bersumpah, demi orang-orang melayu akan akan guna apa sahaja kudrat yang aku ada untuk memastikan pengkhianat agama, bangsa dan negara berkenaan tidak akan kembali menjejak bumi yang telah mereka tumpahkan darah dan airmata insan-insan yang tidak berdosa seperti sahabat saya di Gubir Aku agak sedih sejak akhir-akhir ini bangsa aku sendiri yang dipanggil Melayu berusaha untuk membasuh dosa Chin Peng dan rakan-rakan komunis serta PKM dengan menggunakan fakta yang membuat aku benci kepada mereka. Mungkin mereka(melayu) yang hendak menerima Chin Peng tidak pernah merasa apa yang kami rasa semasa di dalam hutan demi mempertahankan Negara Chin Peng dengan bangganya menunjukkan keratan keratan akhbar sewaktu dia diburu oleh pasukan keselamatan dulu A Parti komunis tidak akan mudah menyerah kalah, ia akan datang dalam berbagai versi Sebagai warga bekas tentera, kami amat menghargai akan pendirian semua rakyat negara ini yang menyatakan pendirian yang sama dengan warga bekas tentera dan anggota tentera yang masih berkhidmat. Sokongan semua yang tidak berbelah bahagi amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Jika ada segelintir rakyat atau individu yang mengambil pendirian agar membenarkan Chin Peng tinggal menetap di negara ini, kami menganggap mereka itu adalah petualang negara yang buta sejarah tanah air. Pendirian sedemikian amatlah dikesali. Ribuan anggota tentera, pasukan keselamatan dan orang-orang awam yang telah menjadi korban atau cedera dan mengalamai cacat kekal akibat keganasan pengganas komunis. Demikian juga begitu ramainya isteri-isteri yang telah menjadi balu dan anak-anak yang kehilangan tempat pergantungan akibat tindakan zalim dan tidak berkeperimanusian pengganas komunis dan negara berada dalam keadaan dharurat untuk melebihi dari sedekad lamanya. Jika Chin Peng dan rakan sekutunya dibenarkan walaupun menjejak kaki di bumi Malaysia ini untuk seketika di negara ini, kami dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bertekad akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan bersedia untuk membasahi dengan darah dan keringat di bumi yang tercinta ini sekali lagi. KEPADA WARGA MALAYSIA BANTULAH ANAK-ANAK DAN BALU YANG KEHILANGAN TEMPAT BERTEDUH SEKADAR YANG MAMPU SEMOGA BANTUAN DAN SUMBANGAN ANDA MAMPU MERINGANKAN BEBAN MEREKA SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA YANG GUGUR DI MEDAN PERJUANGAN DEMI UNTUK KEAMANAN YANG KITA KECAPI KINI....AL FATIHAH...... P/S Parti komunis Malaysia tidak pernah kalah mereka akan kembali dalam situasi yang lebih drastik yang mana propaganda mereka akan disokong oleh orang melayu sendiri. Mereka tidak pernah mengenal erti kalah. Fikirkanlah wahai sahabat-sahabat ku komunis sudah kembali

No comments:

Post a Comment