Wednesday, February 8, 2012

Bila air dah naik sampai tahap bahaya, tanda amaran seperti ini sudah tiada gunanya. Keadaan ini memberi peringatan kepada kita, orang Melayu yang beragama Islam. Memang kita berbalah sesama sendiri, tetapi bila kuasa sudah tiada di tangan, berbalah pun tiada gunanya. Senarai EXCO sebelum Dr. Hasan Ali dipecat. Ambil contoh di Selangor, apabila negeri tersebut dikuasai oleh Pakatan Pembangkang, separuh daripada EXCO Kerajaan Negeri diberikan kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Malah jawatan EXCO kanan turut dikuasai oleh bukan Melayu dan bukan Islam, manakala EXCO yang kurang penting diberikan kepada Melayu Islam. Sebab itulah ketika mesyuarat EXCO berlangsung, Dr. Hasan Ali langsung tidak boleh bersuara kerana setiap cadangan beliau yang melibatkan kepentingan ISLAM, MELAYU dan RAJA (IMR) akan dipangkah oleh EXCO kanan seperti Teresa Kok, Eli Wong, Ronnie Liu dan Xavier. Seperti main catur, apa kuasa yang ada pada bidak (pawn) bila berhadapan dengan Ratu (Queen), Kuda (Knight), Gajah (Bishop) dan Tir (Rook). Oleh kerana tidak tahan dengan peranannya seperti pemimpin picisan yang tidak mampu bersuara untuk pertahankan IMR sedangkan negeri tersebut majoritinya beragama Islam, maka Dr. Hasan Ali terpaksa berjuang di luar pakatan pembangkang. Jadi tanyalah pada diri anda, adakah anda mahu tsunami yang menenggelamkan anda dan keluarga anda sehingga jadi seperti papan tanda amaran di atas? *Fikir-fikirkan. Posted by MymassaVoice on Isnin, 6 Februari 2012 at 8:03 PT

No comments:

Post a Comment