Tuesday, February 21, 2012

Bukanlah tujuan kami menulis tentang SBPA ini untuk memburukkan Kerajaan, jauh sekali hendak memberi bullet kepada pembangkang. Kami mendedahkan kegenjotan ini bagi menyedarkan pihak yang berkenaan. Baik kita ubah sebelum kita diubah! Kami tidak rela, dek kerana segelintir dua penjawat awam yang membuat tahi, habis tumbang Kerajaan BN yang membela rakyat! Bayangkanlah jika 90% penjawat awam yang balik kampung untuk mengundi dengan dendam kesumat terhadap Kerajaan. Bukan sahaja kita kehilangan undi mereka, bahkan gandakan pula dengan dua atau empat lagi ahli keluarga mereka. Lebih buruk jika penjawat awam tersebut dihormati di kampung halamannya. Kami juga tidak mahu setelah berhempas pulas selama 4 tahun melawan fuckatan dalam 17 pilihanraya, akhirnya BN terus tumbang dek kerana segelintir penjawat awam yang mahu merasa gaji CEO sebelum bersara! Kami tahu dan sedar YAB PM sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat. Maka berbuatlah sesuatu sebelum rakyat yang membuat keputusan akhir! Akhir sekali, ingin kami tegaskan di sini, kepada sesiapa sahaja, termasuklah penjawat awam kanan yang terlibat agar mennyanggah kami di ruangan komen andai kami tersilap. Ayuh kita usahakan yang terbaik agar oerang Melayu-Islam terus mentadbir negara di bawah BN dan mengembalikan nikmat ketenteraman dan kestabilan negara seperti yang pernah kita nikmati sebelum PRU 2008 lalu! Jangan terlalu bongkak dengan apa yang bakal dan sedang kita nikmati, kerana kita ini semua hanyalah meminjam nikmat-niktmat tersebut daripada anak-anak kita! Posted by MymassaVoice on Sabtu, 31 Disember 2011 at 5:12 PTG

No comments:

Post a Comment