Monday, February 20, 2012

DAP KUASAI PAKATAN - PAS TUMPANG GEMBIRA ATAU GILA?? Alhamdulillah, selesai sudah PRK Parlimen Sibu dan menyaksikan DAP merampas kerusi tersebut. Jutaan terima kasih kepada kesemua petugas-petugas BN dan SPR yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Emm... Nampaknya DAP telah berjaya menambah kerusi Parlimen dari 28 kerusi ke 29 kerusi. PKR semakin berkurangan dan kini selesa dengan hanya 24 kerusi sahaja. PAS, maintain 23 kerusi. Jika kita lihat jumlah kerusi yang dikuasai, ternyata DAP kini semakin selesa dan menguasai Pakatan. PAS pula kini 'menumpang gembira' dengan penguasaan tersebut. Tak apa, Hudud tak laksana tak pa. Asalkan kita menang. Betul tak Nik Aziz? Inilah yang menggusarkan kita. Apabila DAP yang terkenal dengan sifat 'racist' yang kuat akan cuba menimbulkan ketegangan dengan mempersoalkan pelbagai isu terutamanya Hak Keiistimewaan sesebuah kaum. Tapi, biasalah. UMNO juga disalahkan. Dikata kita pula yang 'racist'. Walhal melihat kepada usaha murni Datuk Seri Najib Tun Razak menyatupadukan sekalian bangsa begitu kental dengan menubuhkan gagasan 1Malaysia. Kini suara PAS semakin terhakis. Jangan kata hendak membela Islam, nak sebut Islam pun susah lepas ni. Itu pun tak sedar-sedar. Sanggup bersengkongkol lagi dengan sebuah parti yang pernah menyumpah kamu hanya atas dasar Islam. Memang DAP berjaya menguasai kamu, wahai PAS. Dahulu pada PRU 10 ketika PAS menguasai Parlimen, DAP sanggup keluar dari Barisan Alternatif kerana PAS asyik menyebut soal Islam di dalam Parlimen. Yelah, sekurang-kurangnya DAP berpegang teguh pada prinsip dan perjuangan mereka. kini, PAS? Apa cerita? Diam membisu?? Hmmm.. Elok sajalah pilih Barisan Nasional. Semua kaum diberi pembelaan. BN sahajalah parti yang membela anak Malaysia. ps : Anwar, kamu tak malu ka?? PKR da kurang kerusinya. Bila nak letak jawatan Ketua Pembangkang?? Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 8:11 PM Reactions:

No comments:

Post a Comment