Thursday, February 9, 2012

DAP-PKR halang kanak-kanak Tabika Kemas di Balik Pulau daripada bersekolah! Tindakan kejam ala Israel! Posted on Selasa, 3 Februari 2009 by MymassaVoice in Bangunan Tabika Ditutup Dipercayai Bermotif Politik BALIK PULAU, 2 Feb (Bernama) -- Dua puluh dua pelajar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau terpaksa belajar di bawah pokok dengan beralaskan tikar selepas tabika itu ditutup hari ini. Tabika yang beroperasi di bangunan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) sejak 2003 dilaporkan telah ditutup dua kali sebelum ini atas alasan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kuasa terhadap bangunan itu. Tindakan kali ketiga pihak berkuasa JKKKN itu dipercayai bermotif politik yang secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak yang datang daripada keluarga susah. Penyelia Kanan Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din berkata kebanyakan kanak-kanak yang belajar di tabika itu merupakan anak nelayan dan petani. Beliau berkata JKKKN tidak mempunyai hak menutup bangunan itu kerana terdapat arahan daripada pegawai daerah melalui Pejabat Ketua Menteri bahawa tabika kemas di seluruh negeri ini tidak boleh diganggu. "JKKKN ada hantar notis supaya mengosongkan bangunan ini pada 31 Jan lepas, notis dihantar melalui JKKK Kuala Sungai Pinang, kedua-dua notis itu bagaimanapun diabaikan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Selain dijadikan sebagai tabika, bangunan itu juga menjadi pusat aktiviti penduduk. Atas nasihat polis bangunan itu dibuka semula selepas dua kali ditutup sebelum ini. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment