Monday, February 27, 2012

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata, ini kerana buku itu lebih bersifat manifesto politik dan populis yang boleh membahayakan negara. “Saya amat kecewa bila melihat dan membaca buku jingga ini kerana berdasarkan fakta-fakta ekonomi yang terdapat di dalamnya, Malaysia boleh bankrap dalam tempoh dua tahun sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang menguasai Putrajaya,”katanya. Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Abdul Rahman berkata, penghasilan buku jingga itu bukan berdasarkan kehendak rakyat kerana ia langsung tidak menggambarkan kehendak akar umbi. Pakatan pembangkang memperkenalkan Agenda Pakatan atau dikenali sebagai Buku Jingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas. Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran pakatan pembangkang sekiranya diberi peluang menerajui negara. Antara yang dicadangkan ialah mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihana Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol. Pakatan pembangkang juga bercadang menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diurus swasta kepada kerajaan selain menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar. “Jika dilihat pada cadangan ini pastinya menggunakan banyak perbelanjaan misalnya untuk menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma sahaja sekurang-kurangnya memerlukan RM1.2 bilion, jadi kalau dikaji cadangan dan perbelanjaan yang akan dibuat boleh menyebabkan negara bankrap pada tahun kedua pembangkang menerajui negara. “Walaupun mereka mendakwa buku ini digubal oleh pakar-pakar ekonomi, itu tidak bermakna ia menggambarkan kehendak rakyat secara keseluruhan dan ini amat berbeza dengan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya yang merujuk kepada program-program transformasi kerajaan seperti Model Baru Ekonomi (MEB) yang merangkumi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Malah, katanya sebelum MEB dilaksanakan kerajaan telah mengambil kira segala pandangan rakyat melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon, bengkel serta hari terbuka. Selain itu katanya, buku jingga juga hanya menonjolkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja dan bukannya kepentingan pakatan pembangkang secara keseluruhan. Sumber klik disini Dicatat oleh matkilaupenang di 3/10/2011 10:03:00 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Label: buku jingga, pkr

No comments:

Post a Comment