PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 3, 2012
Dikhabarkan bahawa sementelah selesainya Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, DAP telah terduduk sambil menepuk dahi walaupun berjaya menang 13 daripada 15 kerusi DUN yang ditandinginya. Sebabnya mudah, DAP telah diyakinkan dengan sebegitu rupa oleh kepimpinan Pakatan, terutamanya Ketua UMUM PKR (merangkap pornstar TUA) bahawa gerombolan haram tersebut bakal merampas, setidak-tidaknya melalui majoriti mudah akan tampuk pemerintahan negeri dengan memukul gendang perang berlagukan irama 'menghalau keluar anjing-anjing tua' BN, khasnya Ketua Menteri yang banyak berjasa.
Namun, setelah dibedah kaji punca mimpi basah tersebut tidak menjadi kenyataan, maka realiti dan rasional kembali menguasai kepala hotak cauvinis-cauvinis DAP. Mana mungkin Pakatan, terutamanya gerombolan ultra kiasu DAP mampu merampas kuasa Sarawak hanya dengan bergantung kepada undi Cina semata-mata? Maka di saat ketika, Anwar sedang sibuk bergelut menangani rentetan siri video aksi seksnya menjadi tontonan umum, DAP (melalui penasihat Yahudi-zionis seberang tambak) telah merangka satu strategi halus yang bersifat serampang dua mata bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap mereka tanpa perlu mengorbankan struktur dan ciri-ciri kepimpinan dinasti Cina dalam DAP.
Apa yang sering kali BN dan UMNO khususnya terlepas pandang ketika ini adalah, walaupun bumiputera merupakan majoriti (lebih 67% penduduk), namun tidak kesemuanya menganut agama Islam. Ditambah pula lagi dengan pecahan bukan Islam(Kristian dan animisme), golongan lalang, lemah pendirian, mudah dibeli, Melayu-Islam Liberal dan yang berdarah hijau-khawarij, sebenarnya peratusan bumiputera yang betul-betul nasionalis (yang akan menentang habis-habisan agenda songsang DAP dan Pakatan), cuma tinggal sekitar 30% sahaja. Nah! Inilah peluang yang terbaik untuk DAP menadapatkan kuasa. Dengan kata lain, "setelah menyatu padukan orang Cina untuk menentang UMNO/BN, kenapa tidak kita kembangkan lagi penyokong kita (tanpa perlu mengkompromi struktur dinasti Cina dalam DAP) dengan menyatu padukan pula orang Kristian untuk menyokong kita?" Dengan ini DAP berupaya mengembangkan pengaruh dan agenda mereka kepada setidak-tidaknya 35% peratus rakyat Malaysia!!!
Maka timbullah isu perjumpaan paderi-paderi seluruh Malaysia yang dianjurkan/disokong oleh DAP Pulau Pinang bagi menjadikan Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia. Ini adalah kerana DAP sedar bahawa melayu-Islam PAS dan PKR yang sudah layu 'terlanjur dan terlacur' bersama mereka dan tidak akan mampu lagi untuk berpadu suara bersama UMNO untuk menentangnya. Maka tinggallah UMNO bersendirian bermati-matian mempertahankan kedudukan Islam di negara ini, dan sesuai dengan konsistennya pendirian dan komitmen perjuangan UMNO terhadap kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini, maka reaksi dan respon balas UMNO terhadap isu ini akan meninggalkan kesan yang agak negatif terhadap penganut kristian di negara ini, termasuklah dari kalangan Bumiputera itu sendiri.
Dan akhirnya apabila tiba masanya kelak, DAP akan mengeksploitasi isu ini kembali dengan menuduh UMNO sebagai memusuhi orang Kristian dan melaksanakan hukum Islam ke atas mereka secara paksaan. Ini boleh memberikan kesan politik yang sangat menakutkan kepada UMNO dan BN sekiranya isu ini tidak ditangani dengan sewajarnya. Dengan Guan Eng yang secara jelas telah menyatakan pendirian DAP untuk mempertahankan Islam sebagai "Agama Bagi Persekutuan" (tafsiran yang lebih tepat daripada agama rasmi) menurut Perlembagaan Persekutuan, kepimpinan UMNO dan BN seharusnya mengambil pendekatan yang bijaksana bagi mengelakkan mereka daripada terus dikambing hitamkan oleh gerombolan pakatan haram ini.
MYMASSA: Semenjak timbul isu Kristian hendak dijadikan agama rasmi, orang semakin lupa dengan 'bakat' pornstar OMEGA ye?
Posted by MymassaVoice on Isnin, 9 Mei 2011 at 9:30 PG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment