PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, February 21, 2012
Eskay Tegur Mahkamah "Bukan Menyerupai Anwar Tetapi Memang Anwar Ibrahim"
Dato Seri Anwar Bin Ibrahim
Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim,didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini Selepas tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka,Tan Sri Rahim Thamby Chik ahli perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3,000 atas kesalahan itu,Datuk Shuib Lazim RM1,500 dan Tan Sri Rahim Thamby Chik sebanyak RM1,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:
“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Sementara itu,tuduhan ke atas Tan Sri Rahim Thamby Chik pula berbunyi:“Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani manakala Tan Sri Rahim Thamby Chik diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.Selepas sidang mahkamah disambung,ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.
Ketika fakta kes dibacakan,beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu,Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut."Bukan menyerupai,tapi Anwar," katanya.
Tahniah di atas keberanian ketiga tiga Trio yang mendedahkan siapa Anwar Ibrahim. Gomo mengucapkan Syabad dan berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia yang bersikap Berani sepertimana yang di tunjukkan oleh ketiga tiga mereka ini.
Gomo dan angkatan Blogger serta Facebook juga siap sedia jika di hadapkan ke mahkamah di atas penyebaran Video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim kerana pada kami demi KEBENARAN buat RAKYAT maka Risiko sebegini adalah remeh buat kami dalam menyedarkan Rakyat Malaysia siapa Dato Seri Anwar Bin Ibrahim.
Sekali lagi Gomo minta Anwar Ibrahim SAMAN Dato Eskay. Amacam Anwar Brahim ? Ada berani ke tidak?
Psssttt.....Lepas ni Anwar Ibrahim nak kata apa? Mahkamah tak adil?hua hua hua
Eli Wong Ratu Porno
Apa sekalipun pastinya Anwar Ibrahim akan di ampunkan Dosanya sepertimana Adun Eli Wong yang gambar Bogel nya tersebar. Ini lah moral Pemimpin Pakatan Pembangkang yang menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik!!!!
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Post By PAPA GOMO at 2:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment