PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 3, 2012
Feb
03
Melayu paling ramai tidak daftar mengundi
Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 3.2.12
Politik pulau pinang tak pernah lari daripada pihak haprak pakatan yang sering kali mempertikaikan kenapa kerajaan BN menyerahkan pucuk pimpinan kepada bukan bangsa melayu.
Mereka bermain politik rasis ini dikalangan orang melayu,kononnya Umnolah yang mengadai hak menjadi pemimpin didalam kerajaan negeri.Umno tidak pernah mempedulikan siapakah yang menjadi ketua kerajaan negeriPulau Pinang,asalkan pemimpin itu berada didalam BN.
Sejak puluhan tahun sudah menjadi tradisi,yang mempersoalkan kedudukan ini rata ratanya adalah dari kalangan pakatan.Dalam masa mempersoalkan kononnya Umno mengadai hak orang melayu menjadi pemimpindinegeri ini.Orang melayu sendiri tidak sedar betapa pentingnya kuasa politik.
Menjadi pengundi adalah untuk memberi mandat dan kuasa kepada orang yang kita pilih.Yang paling bijak dalam menentukan kuasa politik adalah kaum cina,mereka menyedari peri pentingnya menjadi pengundi.Apa gunanya merintih tertindas,susah dan dizalimi.
Apa guna meroyan diatas jalan raya,berikat kain dikepala melaungkan mereka adalah pejuang melayu.Apa guna membawa gerembolan orang orang silat yang mengaku itu ini walhal tidak diterjemahkan kepada kuasa mengundi.
Gah itu! Gah ini! tu la melayu.
Berdasarkan fakta,orang melayu di negeri Pulau Pinang adalah majoriti berbanding komposisi
penduduk dari bangsa cina.Namun Kaum cina berjaya menjadi majoriti dengan pendaftaran jumlah pengundi yang ramai.
Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.
"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus pilihan raya negeri di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan golongan itu agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum nanti.
Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, hanya 50 responden memberikan maklum malas daripada 42,057 orang yang disenaraikan sebagai pengundi meragukan.
"Daripada 50 orang itu, 26 masih aktif manakala 24 lagi tidak dapat dipastikan status mereka," jelasnya.
Oleh itu, katanya, seramai 42,031 nama lagi akan digugurkan daripada senarai pemilih selepas tarikh semakan berakhir hari ini.
Sementara itu Abdul Aziz menjelaskan, cadangan untuk mengadakan proses pengundian awal bagi pengundi di luar negara tidak dapat dilakukan dan akan kekal dengan kaedah sedia ada iaitu undi pos.
"SPR ada meminta kerjasama Wisma Putra untuk melaksanakannya, namun mereka tidak dapat melakukannya kerana pelbagai faktor. Antaranya jumlah pengundi yang ramai selain kedudukan mereka yang berselerak," katanya
sumber: utusan.
Pisau kata " dah terkena baru nak tersedar"
Read more: http://www.pisau.net/2012/02/melayu-paling-ramai-tidak-daftar.html#ixzz1nxNJ6UzO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment