PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, February 8, 2012
GEMPAR! dalang sebenar gerakan MURTAD terbongkar....!!!???
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Terdapat sebuah "group" yang diwujudkan di laman sosial Facebook yang menyokong pergerakan untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia. Agak mengejutkan apabila terdapat beberapa nama YB-YB Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" berkenaan. Sedar atau tidak, sengaja atau sebaliknya, mereka inilah dalang-dalang yang menyokong pergerakan memurtadkan Umat Islam di Malaysia dan juga Singapura.
YB-YB berkenaan adalah seperti YB Xavier Jayakumar, YB Charles Santiago, YB Gan Pei Nei, YB Dr Boo Cheng Hau dan YB Ean Yong Hian Wah. Terdapat juga nama-nama penting di dalam Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" untuk memurtadkan Umat Islam seperti Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Raja Petra Kamaruddin, Harris Ibrahim dan Bernard Khoo.
Patutlah nampak usaha berterusan untuk menekan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan secara teratur dan sistematik di Selangor dalam isu gejala murtad orang Islam yang dilakukan oleh DUMC. Kalau melihat daripada senarai ahli penyokong murtad seperti di bawah, tidak kurang daripada 3 orang YB-YB adalah dari ADUN Selangor.
Apakah Umat Islam Selangor sudah buta mata dan telinga sudah menjadi pekak. Tidak nampakkah hala tuju yang mahu dibawa oleh Pakatan Haram Selangor. Ubahlah di dalam PRU13 kalau kita tidak mahu anak cucu kita menjadi mangsa murtad YB-YB berkenaan.
* dipetik dari
http://khairulryezal.blogspot.com/2011/08/gempar-yb-yb-pakatan-haram-penyokong.html
Benarkah seperti apa yang dicatatkan dari khairulryezal.blogspot.com ini? Atau adakah ini adalah propaganda pihak tertentu untuk menjatuhkan individu berkenaan apatah lagi dalam suasana politik Malaysia yang semakin panas sekarang?
Terpulanglah kepada anda untuk membuat tafsiran sendiri. Sekiranya benar sememangnya ini adalah pendedahan yang mengejutkan banyak pihak di Malaysia. Sekiranya tidak benar sememangnya ini adalah satu fitnah yang besar. Namun sekiranya anda sering melihat komen-komen dalam facebook di dalam group Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara, ini bukanlah perkara yang menggemparkan!
Banyak pendedahan yang terbongkar di sana hasil inisiatif sekumpulan Melayu Islam yang cintakan agamanya. Sebenarnya gejala murtad di Malaysia berada di tahap kritikal dan perlu dibanteras secara menyeluruh tanpa prejudis. Sesiapa sahaja yang mendokong gerakan murtad ini perlu dibanteras tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya. Sekiranya benar gerakan ini juga melibatkan individu besar dan berpengaruh samada dari parti pembangkang mahupun kerajaan sendiri, rakyat Malaysia memohon campur tangan Istana Negara untuk menangani gejala ini.
Sekian lama isu ini dipandang sepi oleh semua pihak. Ternyata ada perancangan dan agenda besar yang tersusun rapi telah pun dirancangkan oleh pihak tertentu...
Ampun Tuanku, kami semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian bersedia menyokong dan akan turut bersama ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong membanteras gerakan Kristianisasi dan murtad di kalangan umat Islam di Malaysia. Ampun Tuanku...
Anda mungkin juga meminati:
Sejarah MURTAD di Malaysia : AISHAH BUKHARI
TV 1 siar aktiviti AMS dan murtad di MALAYSIA
Isu MURTAD yang semakin KRITIKAL di Malaysia
LAGI individu hina ISLAM muncul di Facebook
Kes MURTAD di Malaysia : AZLINA JAILANI @ LINA JOY?
LinkWithin
Posted by Panglima Hitam at 10:03
Labels: MURTAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment