PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Thursday, February 9, 2012
Hadi Kecewa, Tangan-Tangan Ghaib Kuasai Pas – Rahimi
Oleh : Mohd Nasri Zakariah
KUALA LUMPUR 9 Feb – Merasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas sejak kebelakangan ini menyebabkan presidennya , Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Pembantu Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata Presiden Pas itu mengambil keputusan sedemikian apabila menyedari kepimpinannya tidak dipedulikan oleh partinya dan terpaksa mengikut telunjuk pihak luar untuk membuat sesuatu keputusan.
“Contoh paling jelas ialah apa yang berlaku kepada Dr Hasan Ali (bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor), beliau dipecat tanpa diberi peluang selepas mengeluarkan kenyataan terhadap Anwar Ibrahim baru-baru ini.
“Sebelum ini Dr Hasan lantang mempertahankan Islam walaupun tidak disenangi DAP dan PKR, namun selepas kes membabitkan Anwar Ibrahim, Dr Hasan terus dipecat, ini menunjukkan adanya tangan-tangan ghaib dalam membuat keputusan itu,” katanya kepada UMNO-Online.
Menurutnya, ini terbukti apabila Dr Hasan dipecat daripada Pas selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan supaya tindakan diambil berhubung kenyataan yang dibuat terhadap ketua pembangkang.
Katanya, berikutan itu menyebabkan Abdul Hadi merasa kecewa dan merasa dirinya tidak diperlukan bukan sahaja sebagai presiden parti malah sebagai wakil rakyat. Ikuti temubual lanjut dalam Youtube umno-online bersama Rahimi berhubung perkara berkenaan.
Lagi Berita Berkaitan :
Wikileaks – Anwar Meliwat, Kerja Tangan Ghaib DAP?
Hadi Makin Sengsara Gara-Gara Penyakit Dibawa Parasit
Hadi Secara Sinis Lempar Batu Kepada Nik Aziz, Kit Siang Dan Karpal Singh
AS Tidak Campur Tangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment