Friday, February 10, 2012

Hari ini 04hb. Jan. 2012, jam 2.30ptg, lebih 300 orang datang berhimpun dihadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan, SUK Kota Bharu bagi menyokong acara “Penyerahan Memorandum kepada Menteri Besar Kelantan”. Tepat jam 3.20ptg mereka berarak ke hadapan pintu masuk utama pejabat Menteri Besar bagi meneruskan acara penyerahan memoredun kepada wakil Menteri Besar, mereka semua yang datang hari ini bagi mewakili seluruh rakyat kelantan derita dengan permasalahan yang mereka hadapi sejak sekian lama. “Air Kotor”, berbahaya, tidak selamat, tidak bersih, tidak cukup dan loji rawatan air kerajaan negeri dah usang, kita semua sentiasa bersama rakyat!! Bebaskan rakyat dari kezaliman Kerajaan PAS Kelantan. Semasa dalam perhimpunan tersebut, seseorang berbisik pada terompah mengatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggalkan Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu sebelum tiba NGO’s di hadapan SUK jalan Kuala Krai Kota Bharu. Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) telah memberi tempoh selama 2 bulan untuk menyelesaikan masalah yang rakyat sedang hadapi. Nampak gayanya nik aziz lari lintang pukang, kecut kerandut walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas, tahupun takut. “Masalah ini telah diakui bahawa Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. iaitu kontraktor membekal air di kelantan telah membekalkan air yang tidak bersih dan proses perawatan air tidak mengikut standard (rujuk laporan khas Utusan Malaysia berkaitan kualiti air di kelantan bertarikh 23 November 2011 dan Persatuan Penyelidik Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Baru-baru ini, Persatuan Penyelidik Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengesahkan penduduk di wilayah Kelantan selatan berdepan dengan ancaman penyakit leptospirosis. Presiden AWER, S. Piarapakaran berkata, selain Gua Musang, pihaknya turut mendapat maklumat bahawa penyakit leptospirosis juga menjadi ancaman kepada penduduk di Kuala Krai. Katanya, ini kerana kebanyakkan penduduk di kedua-dua kawasan tersebut masih lagi terpaksa bergantung kepada air sungai sebagai sumber utama bekalan untuk kehidupan seharian. “Dalam laporan tahunan AWER, dengan jelas kami mengesahkan kawasan Kelantan selatan terdapat ancaman penyakit leptospirosis kerana kebanyakkan penduduk di kawasan tanah tinggi menggunakan air sungai. Memang hal ini tidak sepatutnya berlaku. Kita semua sedar bahawa penyakit ini boleh membawa maut sebagaimana berlaku dalam kes di Terengganu awal tahun ini. “Jadi, pihak berwajib di Kelantan sepatutnya mengambil tindakan proaktif kerana soal bekalan air bersih adalah hak asasi rakyat tetapi dalam kes ini, rakyat Kelantan dinafikan hak mereka,” katanya. “Masalah air bersih di Kelantan boleh diatasi jika pihak kerajaan negeri serius dan tidak mementingkan politik sempit kerana pelan alternatif sudah disediakan. Jelasnya, selain pelan alternatif daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) yang ditolak kerajaan negeri, AWER sendiri turut mencadangkan beberapa penyelesaian tetapi tidak dilayan. Terompah berkata: Kalau dah tidak mampu, turun dari kerusi MB tu, bagi orang yang lebih mampu dan berwibawa pula untuk mentadbir negeri. Kalau serba serbi tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh rakyat, maka berdosa jika mengabaikannya. Rakyat kelantan perlu menunggu berapa lama untuk selesai masalah ini, dimana kebajikan untuk rakyat kelantan.? Advertisement

No comments:

Post a Comment