PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, February 22, 2012
Hulu Selangor:PAS Jilat Ludah Sendiri,Sudalan Politik Menghalalkan Cara Demi Penyatuan Sumbang Mahram Bersama PKR DAP
HaprakDaily
Zaid dan hujah dangkalnya tentang kes Lina Joy dikecam hebat
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) – Hujah ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Zaid Ibrahim berkaitan isu Lina Joy dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, disifatkan sebagai dangkal dan menghiris ‘luka’ umat Islam yang bimbang tentang gejala murtad yang semakin berleluasa.
Orang ramai yang menghubungi Harakahdaily, berkata bahawa Zaid cuba bertindak membela Lina Joy dalam permohonannya untuk menukarkan label ‘Islam’ dalam kad pengenalannya.
Dalam akhbar tempatan beliau dipetik sebagai berkata, bahawa isu menukar agama pada kad pengenalan bukanlah bermaksud bahawa Islam dalam ancaman.
“Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam,” katanya di sebuah forum bertajuk ‘Freedom of Religion and the Federal Constitution,’ anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini 9 September lalu.
Ahli panel pada forum tesebut adalah pensyarah dari Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Mohammad Hashim Kamali yang membentang topik ‘Human Rights and Islam’ dan Zaid sendiri.
“Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya?
“Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu?” tanyanya.
“Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam,” kata Zaid.
Beliau turut menyifatkan rakan ahli Parlimennya menonjolkan ‘kebodohan’ apabila tidak berpuas hati tentang kelemahan undang-undang yang disifatkan membuka ruang lebih ramai umat Islam untuk murtad.
“Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita?” tanyanya lagi.
” Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman,” katanya.
Ramai yang kecewa dengan sikap Zaid yang secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad.
Seorang pemanggil yang tidak mahu dikenali, berkata jika Zaid bercakap tentang hak dan kebebasan beragama, kenapa agama Islam pula dinafikan haknya yang mahu umat Islam melaksanakan hukum-hakamnya seperti mematuhi undang-undang hudud yang termaktub dalam al-Quran.”Islam ada
undang-undang hudud, kenapa dinafikan haknya dan Zaid sendiri pernah mencabar undang-undang tersebut di Kelantan,” katanya.
“Kenapa tiba-tiba nak membela hak dan amalan orang lain sedangkan agama sendiri dinafikan haknya,” kata pemanggil tersebut.
Ada juga yang berpendapat bahawa Zaid cuba bersikap lebih ‘sudu daripada kuah’ dan ‘menderhaka’ kepada bosnya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar perkara Artikel 11 ini tidak dipanjangkan lagi isunya.
Majlis itu dihadiri seramai 500 orang terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi kerajaan, ahli Parlimen, wakil kedutaan asing, ahli kehakiman, Majlis Peguam, persatuan agama dan budaya serta badan-badan bukan kerajaan (NGO). – lanh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment