PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, February 20, 2012
“I Know What You Did Last Raya” Nyawa politik Anwar dalam tangan Karpal!
January 19, 2011 by Bro Jinggo
Filed under Featured, Hot News
Share |
Leave a Comment
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menjadi ‘pelacur politik’ dan membiarkan dirinya didagangkan oleh DAP kerana ‘nyawa politik’ beliau berada dalam tangan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, DAP menjadikan kes liwat Anwar sebagai strategi utama untuk mengawal bekas Timbalan Perdana Menteri itu kerana seperti didakwa Karpal, beliau memiliki bukti mengenai aktiviti liwat ketua pembangkang itu.
Menurutnya, sebab itu tidak menghairankan mengapa Karpal sanggup membuat ‘pusingan U’ dan bersikap lidah bercabang dalam isu pendedahannya pada 1997 di Dewan Rakyat dan Hotel Federal berhubung bukti aktiviti seks songsang Anwar.
“Selagi Karpal menjadi peguam bela dalam kes liwat, selagi itulah Anwar dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa akur dan tunduk kepada DAP sehingga terpaksa menjadi ‘pelacur politik’ dengan membiarkan diri mereka didagangkan DAP.
“Karpal menggunakan kes liwat sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP dan ini menjelaskan keadaan mengapa selama ini PKR menjadi ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Karpal yang cuba berdolak-dalik dalam isu pendedahan pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai perbuatan Anwar meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar dengan cuba meletakkan kesalahan kepada kerajaan.
Kelmarin Karpal mengakui beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan meliwat Azizan tetapi menjelaskan perkara itu ditolak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dikatakan bersifat politik.
Pengerusi DAP itu juga menambah, beliau hanya membantu Anwar selepas diminta oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 iaitu selepas dipecat dari Kabinet dan juga UMNO sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Azizan.
Mengulas lanjut mengenai perbuatan lidah bercabang Karpal dan tindakan Anwar yang sentiasa ‘putar alam’ dalam isu tersebut, Anuar berkata, PKR dan DAP telah merosakkan amalan demokrasi di Malaysia kerana mempraktikkan cara politik yang tidak sihat.
“Apakah motif sebenar mereka? Bagi saya Anwar menggunakan politik cara ini sebagai alat untuk melepaskan diri daripada kes liwat manakala Karpal pula demi mencari keuntungan politik untuk DAP walaupun negara terpaksa diporak-perandakan,” jelasnya.
Tags:
Kelantan sedia tambah lesen premis minuman arak
January 19, 2011 by Bro Jinggo
Filed under Berita Sensasi
Share |
Leave a Comment
Kerajaan Pas Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.
“Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar hotel berkenaan, Iby Quek.
Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai ”China Town”.
Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.
Tags:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment