Monday, February 20, 2012

Irwan Harman MASJID MUHAMMADI – Beberapa alim ulama negeri ini menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mengarut apabila menyokong larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara. Bekas ahli Dewan Ulama Pas, Mohd. Noor Deris berkata, kenyataan Nik Aziz itu bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh parti itu ketika menggunakan alat pembesar suara semasa memasang kaset atau cakera padat (CD) ceramah di setiap penjuru di pusat bandar ini. “Apakah tindakan itu tidak mengganggu ketenteraman awam. Kalau sokong tak boleh baca al-Quran guna pembesar suara mereka juga mesti hentikan penggunaan pembesar suara untuk memasang ceramah di tengah-tengah bandar ini. “Pasang pula ceramah pasal politik. Ini lagi tidak bagus,” katanya semasa dihubungi di sini. Tindakan tersebut jelasnya, ternyata telah mengganggu ketenteraman orang ramai yang datang untuk melancong atau membeli-belah sekitar bandar, khususnya di Pasar Siti Khadijah. Mohd. Noor mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang disiarkan akhbar kelmarin, bahawa beliau tidak bersetuju dengan amalan membaca al-Quran dan melaungkan iqamat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu serta membawa masalah kepada orang lain. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara tersebut tidak boleh dilakukan sekiranya mendapat sungutan daripada orang yang sedang sakit, budak kecil atau orang bukan Islam yang tidak boleh tidur. Mengulas lanjut, beliau melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu yang dianggap sebagai seorang ulama oleh pengikutnya, tetapi gagal membezakan usaha untuk mengangkat syiar Islam yang dilakukan di negara ini. “Kita membaca al-Quran guna pembesar suara untuk menyemarakkan syiar Islam terutama kepada anak-anak muda. Sebagai seorang yang dikatakan ulama di kalangan pengikutnya Nik Aziz sepatutnya sokong kerana ia lebih baik berbanding ceramah politik yang hanya membingitkan telinga orang ramai,” katanya. Jelasnya, tindakan Nik Abdul Aziz itu hanya menunjukkan pemimpin Pas sanggup membelakangkan perjuangan mereka mengangkat martabat Islam semata-mata hendakkan kuasa. –KHABAR KB Read more: http://www.khabarkotabharu.com/nik-aziz-mengarut/#ixzz1pYJVVSwu

No comments:

Post a Comment