Sunday, February 5, 2012

Judi: Nik Aziz dengar nasihat DAP? Labels: big sweeps lottery, Chief Minister of Kelantan, Malaysian Politics, Nik Aziz, PAS judi PAS sekali lagi menunjukkan betapa lalangnya pendirian mereka dalam memperjuangkan Islam yang selalu mereka laung-laungkan. PAS sering menuduh UMNO tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar dan mereka menyatakan bahawa merekalah parti yang sepatut dipilih kerana mereka akan menegakkan negara Islam dan hukum hudud. Kami telah pon menulis berkenaan dengan adanya penjualan loteri "big sweeps" hasil pendedahan blogger Kickdefella di sini yang ditentang keras Teresa Kok. Rentetan itu, MPKB menyerbu dan merampas tiket loteri Big Sweeps di beberapa premis sekitar Kota Bharu. Memang Kerajaan Kelantan dari segi undang-undang tidak membenarkan judi, namun akibat penguatkuasaan yang lemah, loteri big sweeps menjadi satu perkara biasa. Dan hanya selepas pendedahan Kickdefella barulah terhegeh-hegeh PAS ambil tindakan. Itu pon, tindakan tersebut tidak disenangi peniaga Cina di Kelantan, dan menimbulkan kemarahan DAP dan MCA. Ketua Dewan Pemuda PAS pula dengan penuh bangga menyarankan agar judi juga diharamkan di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan. Persoalan yang ditimbulkan kami di pengakhiran tulisan kami ini akhirnya terjawab. Oleh kerana PAS ini di tahap yang begitu rendah dalam Pakatan haram, hari ini Nik Aziz mula goyah pendiriannya apabila ingin mengkaji semula larangan penjualan loteri di Kelantan. Nik Aziz kata, beliau ingin merujuk kepada penasihat undang-undang berkenaan larangan dan tangkapan tersebut. Padahal apa yang dia nak takot sebab di Kelantan, lebih 90% rakyatnya beragama Islam, maka larangan itu patut dikekalkan. Apa yang kalut sangan pasal perlembagaan negara? Sebenarnya bukan perlembagaan negara yang jadi halangan. Tetapi PAS takot kehilangan undi dari kaum Cina. Apabila kaum Cina tidak dapat sokongan kaum Cina maka lemahlah Pakatan Haram. Pada masa yang sama, PAS juga kehilangan sokongan dari orang Melayu dan umat Islam, jadi dengan penarikan balik larangan judi hasil desakan orang bukan Islam, bermakna PAS masih boleh mendapat kepercayaan pengundi Cina. Jika benar begitu, di manakah prinsip Islam PAS? Takkan kerana takot hilang undi, sanggup halalkan yang haram terutamanya di Kelantan? Namun, apa yang kami nampak kemungkinan yang mungkin terjadi di sini nanti ialah, PAS akan membenarkan penjualan loteri big sweeps tetapi bersyarat, dan pengakhirannya, PAS akan spin cerita ini dengan menyalahkan BN dengan menjadikan perlembagaan negara sebagai alasan tindakan mereka. Kenapa? Tak percaya? Anda mungkin juga meminati: Judi: Teresa Kok marah sama PAS Nik Aziz tiba-tiba panas Terpaksa akui Nik Aziz Pemimpin yang Bijak LinkWithin

No comments:

Post a Comment