PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Thursday, February 23, 2012
Kata mutiara Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat:
"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Riwayat Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Istinbat dan bayan dari kata-kata mutiara Pok Nik Ajis tersebut adalah seperti berikut:
1. PAS dan pemimpinnya menipu! - dari dulu PAS dok perjuang nak tubuh negara Islam. Setiap kali ceramah, diorang kata nak tubuh negara Islam. Tapi lepas berpeluk dengan SETAN, diorang tak ngaku pulakkk...
2. PAS dan pemimpinnya munafik - Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, antara tanda munafik ialah sekiranya orang itu berkata-kata, dia menipu. Rujuk perkara no.1.
3. Dengan declare tak perjuang negara Islam, maka Dr. Haron Din Al-Hafiz boleh bakar buku karangannya yang berjudul "Daulah Islamiah". Risau jugak kalau Haron Din dituduh ingkar dan kafir..Pok Nik tu bukan kira sapa tu...dia kira nak kapir kan orang je!
4. UMNO jauh lebih baik dari PAS sebab UMNO isytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Walaupun diorang tuduh sekular, tapi dari segi perlaksanaan Islam tak sekular pun. Undang-undang syariah wujud dalam negara, kan? PAS saja je buat-buat tak nampak...
5. PAS tak perjuang negara Islam. Maknanya, PAS sendiri yang sekular. Dah la tak amalkan Islam yang sebenar...menipu pulak tu!
6. Memandangkan PAS tak perjuang negara Islam lagi dah, dan tukar ke negara kebajikan, maka wajar perkataan "Islam" dalam nama parti tu dikeluarkan je. Buat malu Islam je pakai nama Islam, tapi tak beramal cara Islam...
7. PAS memang haprak.
8. Mutiara kata Pok Nik ini dikuatkan lagi oleh Nizar Jamaluddin yang pernah mengatakan perkara yang sama bila di tanya oleh kenapa PAS tak tubuhkan Negeri Islam semasa Perak di"neraka"kan.
Posted by DukeOfUMNO at 7:34 PM 0 comments
Links to this post
BAI'AH CALON PAS PRU13 HANYA MEROSAKKAN AQIDAH UMMAH...
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Lepas mengkafirkan ahli UMNO pada tahun 1982, Presiden PAS sekali lagi mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang meletakkan hukum WAJIB bagi setiap calon PRU yang mewakili PAS untuk berbai'ah.
Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini kepada media, bai'ah tersebut adalah untuk memastikan agar calon-calon PAS tidak menyeleweng dari perjuangan Islam yang sebenar, termasuk dari segi matlamat dan caranya.
Bai'ah dikatakan merupakan satu amalan yang dikatakan lebih berat dan ketat berbanding sumpah di dalam Islam.
Hadi berkata lagi, PAS punya undang-undang tubuh untuk mengawal ahli-ahlinya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
Saya tertanya-tanya, sejak bila Islam mewajibkan calon pemimpinnya berbai'ah untuk tidak menyeleweng? Tidak cukupkah dengan lafaz kalimah syahadah untuk memastikan keIslaman seorang individu untuk menjadi muslim?
Apabila bergelar Muslim, individu itu perlu mentaati segala ajaran Islam, hukum hakamnya, matlamat dan caranya, akhlak dan di dalam pelbagai segi aspek kehidupan sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' Ulama.
Justeru, umat Islam sudah dikawal lebih awal lagi apabila bergelar Muslim dan apakah perlu mereka berbai'ah lagi untuk menjadikan diri mereka seorang pemimpin?
Sabda Rasulullah SAW; "Kullukum Raa'in, Wa Kullukum Mas'uulun 'An Ra'iyyatihi".
Setiap muslim adalah pemimpin. Itulah yang disampaikan Rasulullah SAW melalui hadisnya. Dan menjadi tugas pemimpin untuk tidak menyeleweng dirinya dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Tak perlu dinyatakan lagi bahawa siapa yang menyeleweng dari lafaz syahadah akan berakhir dengan kecelakaan di dunia atau akhirat sekiranya dia tidak bertaubat nasuha sebelum meninggal dunia.
Sebenarnya, "fatwa" yang cuba dibawa oleh Hadi tersebut tidak lebih dari 'fatwa politik' yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, seolah-olah PAS sangat Islamik.
Saya ingin bertanya. Selama ini, ramai pemimpin PAS yang melakukan perkara yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam. Mengapa PAS tidak memecat mereka dari parti itu?
Misalnya, Mat Sabu pernah secara konsisten menggelar Anwar Ibrahim sebagai "Al-Juburi". Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang melarang umat Islam untuk menggelar individu yang lain dengan gelaran yang buruk.
Dalam konteks ini, "Al-Juburi" yang dimaksudkan oleh Mat Sabu itu bermaksud Anwar mengamalkan liwat dan gemar "lubang bontot". Ia adalah gelaran yang buruk. Jelas perbuatan tersebut dilarang di dalam ajaran Islam yang sebenar.
Jadi, mengapa Mat Sabu tidak dikenakan tindakan disipilin oleh PAS? Mengapa tak pecat saja dia dari PAS? Sebenarnya, banyak lagi perkara yang dilakukan pemimpin dan ahli-ahlinya yang bertentangan dan menyeleweng dari Islam. Mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap mereka?
Sebaliknya, individu di dalam PAS yang memperjuangkan aqidah umat Islam, mempetahankan Melayu dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu pula yang dipecat? Begitukah polisi terkini PAS? Apakah amalan tersebut tidak bertentangan dengan perlembagaan PAS?
Justeru, Hadi perlu memecat dirinya sendiri dari PAS kerana gagal menyelami semangat perlembagaan PAS tersebut. Dia sebagai pemimpin tertinggi PAS, gagal memastikan anak-anak buahnya mengamalkan akhlak, prinsip dan cara Islam yang sebenar. Dia patut bertanggungjawab dengan meletak jawatan.
Tapi, apakah Hadi akan letak jawatan atas fakta tersebut? Tak mungkin. Hadi merupakan ahli politik yang mengejar kuasa. Demi matlamat tersebut, dia sendiri menghalalkan cara untuk memenuhi matlamat itu. Dia takkan mengaku salah punya...
Jadi, tunggulah janji Allah SWT terhadap golongan yang ingkar dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. PAS pasti tidak akan terlepas dan mungkin kerana itu Allah SWT tidak pernah memenangkan PAS di dalam Pilihanraya Umum di peringkat persekutuan.
Mungkin sekiranya PAS memerintah negara, bukan setakat Malaysia, Islam juga akan hancur diputar belitnya...Wallahua'alam.
Sumber: Klik sini
Posted by DukeOfUMNO at 3:05 PM 2 comments
Links to this post
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment