PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 11, 2012
KENAPA Melayu MESTI Keluar dari PAS
Posted on December 19, 2011 by rmf7
Oleh rmf
Melalui persoalan di atas, aku fikir ramai yang tahu jawapannya, dan mungkin juga buat-buat tak tahu. ye lah, berdasarkan kepada perjalanan politik negara sejak akhir-akhir ini mula tidak berpihak kepada Pas contohnya seperti dua pilihan raya kecil lalu di DUN Galas dan DUN Tenang. Kini kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRU 13.
Di kedua-dua pilihan raya kecil ini, statistik jelas menunjukkan majoriti undi Melayu pergi ke UMNO sehingga 80 peratus. Dengan keputusan ini pasti Pas panas buntut dan gabra sebab pilihan raya umum dikatakan makin dekat sekaligus menggugat laluan pakatan ke Putrajaya konon-kononnya.
Persoalan utama adalah, kenapa perkara ini terjadi? Bagaimana sebuah parti Melayu yang bertunjangkan Islam tidak disokong oleh orang Melayu Islam sendiri? Pelik bukan.
Seperti yang dikatakan oleh Pensyarah Sains Sosial USM, Prof Ahmad Atory pada aku, punca orang Melayu mula tidak sokong Pas bukan kerana orang Melayu marah pada Pas malah pada hakikatnya sepanjang 60 tahun lalu, orang Melayu memang tak pernah marah pada Pas. Punca utamanya adalah kerana orang Melayu kecewa dengan Pas sekarang. (Marah dan kecewa lain ye)
Sesungguhnya dalam dilubuk hati semua orang yang mengaku dirinya Melayu Islam tidak kira dari UMNO ke, mahupun PKR menyokong perjuangan asal Pas iaitu mahu menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang Islamnya sekali. Tetapi kini segalannya sudah diputar belitkan dari agenda Negara Islam, sampai pada satu tahap mengistiharkan Jihad pada UMNO , Hudud dimainkan setiap kali PRU dan sekarang berubah lagi ke Negara Kebajikan.
Tetapi Pas memilih untuk berlembut, mengatur lidah baik-baik bila disoal negara Islam, takut rakan dalam pakatan terutamanya DAP bermasam muka. Alasan utama Pas mudah, iaitu mahu menerangkan Islam pada orang bukan Islam. Tapi untuk berapa lama? Berapa lama lagi nak simpan dalam hati abang-abang, pakcik-pakcik sekalian oi! Kita semua masih ingat bila sorang pemimpin DAP ni dengan ayat paling femesnya, “over my dead body!” Bila berbicara soal negara Islam.
Akhirnya, strategi Pas ini mula memakan diri sendiri. Pemimpin Pas terutamanya Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz pula menyalahkan media kerana penurunan sokongan orang Melayu pada Pas. Aduh! Susah la macamni, bila sokongan turun salahkan media, tapi bila undi kaum Cina naik sokong Pas tak pula salahkan media, ish ish ish…
Tiba-tiba aku terfikir, sebelum ini, ramai yang berkata kaum Cina menjadi penentu kepada kemenangan calon pakatan atau BN. Macam ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar pernah cakap, “orang cina pandai bermain politik sekarang, sebelah sana bagi, kita ambil, tapi bila undi sebelah sini” masih terngiang-ngiang di telinga aku.
Hahaha! Ya, memang kaum Cina pandai bermain politik, tapi jangan lupa, bila orang Melayu pandai main politik macamana pula? Satu je aku mahu ingatkan Pas, (aku tau aku bukan sesapa, tapi sebagai rakyat Malaysia, aku juga layak memberi pendapat) kaum majoriti di Malaysia adalah Melayu yang beragama Islam, jadi faham-faham sendirila.
Kalau tak paham jugak, susahla. Satu lagi cara, tegur-tegurla DAP tu, biar nampak sikit Pas tu bos dalam pakatan. Ni tidak, nampak sangat takut2 ngan DAP, dulu bukan main lagi gedegang gedegung. Hehe jangan marah
Ini tidak, PAS seumpama boneka sahaja dalam sana tu, apa kata DAP itu la yang mereka persetujui tanpa bantahan- Yang peliknya sesama Islam mereka macam nk berbunuh tetapi dengan DAP sebesar mana salah pun macam bercium mulut ajer.
Gamaknya la dalam Islam PAS ada fatwa gini kottt ” Bermusuh musuhla kamu dengan sesama Islam nescaya Syurga akan datang kepada kamu bila kamu mati” gamaknya la.. Kalau tidak masakan bermusuh sesama Islam, sembahyang pun dua imam, dan terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh PAS.
Jadi korang dah besar panjang- korang fikirkan la..
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment