Monday, February 27, 2012

Kenapa PAS tidak minta PKR dan DAP tukar dasar? Posted by The Unspinners at 7/26/2010 Tak habis-habis PAS suruh UMNO tukar dasar perjuangan! Siap letakkan syarat itu untuk duduk semeja untuk berbincang demi penyatuan ummah. "Kalau nak bersatu dengan PAS, maka UMNO kena tukar dasar perjuangan kebangsaan mereka dahulu", lebih kurang begitulah syarat yang dikenakan PAS untuk bersatu dengan mereka. Hebat sungguh PAS ini! Syarat mereka itu bagaikan berbunyi "kalau nak bersatu dengan kami, UMNO mestilah ubah diri jadi macam kami yang tersangat Islam, warak, berakhlak mulia dan sangat tinggi imannya"! Begitu bongkak dan takbur sekali PAS untuk harga sebuah "penyatuan umat Islam" di Malaysia? Saya ingin sangat nak bertanya kepada Nik Aziz, pada Hadi Awang, pada Husam, pada Nasarudin, pada Nasrudin Tantawi, pada Lo' Lo', pada semua Dewa Ulama' PAS dan kepimpinan PAS yang tertinggi... APAKAH DAP DAN PKR ITU MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM? KENAPAKAH PAS SANGGUP BERSATU DENGAN DAP DAN PKR YANG TERANG-TERANG TIDAK MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM? MENGAPAKAH UMNO YANG MELETAKKAN DASAR DAN KEMULIAAN ISLAM DIPERINGKAT TERTINGI DALAM PERJUANGANNYA DIANGGAP MUSUH OLEH PAS? Dimanakah PAS meletakkan akal fikirannya? Dimanakah PAS meletakkan penilaian akal fikiran yang waras sebagai sebuah parti yang mengaku Islam? Apakah PAS berfikir ketika meletakkan syarat sebegitu kepada UMNO untuk membayar harga sebuah perpaduan umat Islam di Malaysia? PAS sungguh "buta"! PAS sungguh angkuh! PAS sungguh biadap! Yang paling tepatnya, PAS sememangnya tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya mengenai Islam. Pada PAS, Islam itu hanyalah "topeng". PAS bijak berlakon dihadapan penyokongnya. PAS bijak untuk menagih simpati. Kononnya "jihad", padahal mereka telah bermain perang phsykologi untuk memanipulasi Islam sebagai "umpan" politik mereka! Tidakkah PAS sedar bahawa "syarat" mereka itu telah "makan tuan"? Laporan terkini mendedahkan bahawa PKR dan DAP berdekah-dekah mentertawakan "kesetiaan" PAS yang "buta" terhadap mereka. PKR dan DAP kembang kempis hidung mereka mentertawakan PAS yang senang diperdayakan. PKR dan DAP begitu "lega" dengan "kebendulan" PAS yang ternyata begitu mudah di"perkuda"kan! Baca seterusnya di MyKMU sini.

No comments:

Post a Comment