Thursday, February 2, 2012

KERANA POLITIK, HUKUM BERTERABUR... Sunday, January 23, 2011 Desperado Ada rakan-rakan penulis menyampaikan berita bahawa Normala Sudirman, calon PAS PRK DUN Tenang enggan bersalam dengan orang lelaki. Alasan yang diberikan ialah ” lelaki bukan muhrim”. Baguslah. Penulis faham hukum Allah menetapkan begitu. Penulis puji pendirian Normala itu. Namun, benarkah tepat tindakan Normala itu? Apakah dia fikir salam yang tak bersambut itu akan mengecilkan hati rakyat DUN Tenang? Sebetulnya, ada cara yang lebih baik yang dianjurkan oleh Islam. Allah tidak mencipta sesuatu hukum di dalam Islam untuk menyusahkan hambanya. Jalan penyelesaian terbaik untuk Normala ialah, “pakailah sarung tangan”! Mudah bukan? Namun, penyelesaian sebegitu mudahlah yang gagal difikirkan oleh puak-puak PAS!Sebagaimana kita tahu, Wan Azizah, isteri kepada Pak Syiekh Anwar “ibnu Ubai Al-Juburi” sebelum ini memakai sarung tangan untuk bersalaman dengan lelaki bukan muhrimnya. Namun kini, entah ke mana perginya sarung tangan Kak Wan, penulis pun tak tahu. Mungkin Wan Azizah sudah berubah…Dulu sewaktu Kak Wan mula-mula bertanding di Permatang Pauh, dia dilihat memakai sarung tangan untuk bersalaman dengan rakyat dan lelaki bukan muhrim di sepanjang kempennya. Namun, gambar di atas jelas menunjukkan “lelaki cina” itu sudah tidak menjadi muhrim padanya. Itu abang Kak Wan, kah? Apakah fahaman yang Anwar terapkan pada Kak Wan sehingga menganggap lelaki Islam itu bukan muhrim dan lelaki kafir itu muhrim sendiri? Kini Kak Wan tidak lagi bersarung tangan. Kak Wan tidak lagi menjaga “salam”nya dengan lelaki bukan muhrim. Begitu juga dengan anaknya Nurul Izzah yang dikatakan di”gilai” oleh KJ suatu masa dahulu. Tanpa sarung tangan yang membataskan sentuhan kulit, Kak Wan anak beranak bebas untuk bersalam… Apakah ertinya “sarung tangan” Kak Wan dahulu? Apakah itu hanyalah sekadar sarung tangan “politik”? Kenapa Nurul Izzah tidak bersarung tangan? Pak Syiekh tak ajar tentang halal haram, kah? Dan Normala pula mengapa begitu bodoh sekali untuk tidak mempergunakan pendekatan Kak Wan suatu masa dahulu? Pakailah sarung tangan untuk menyambut salam. Mahal sangatkah harga sepasang sarung tangan “politik”? Harap Normala tanya pada Kak Wan… Share

No comments:

Post a Comment