Saturday, February 11, 2012

KES BABI, DAP SUDAH SANGGUP KELUAR PAKATAN. KES UNITY GOVERNMET UMNO-PAS PULA NIK AZIZ SANGGUP BERSEKOKONG DENGAN DAP. KENAPA KELUAR DAHULU BARU HENDAK BERMESYUARAT? - BERTENTANGAN DENGAN CARA NIK AZIZ DALAM SOAL ISU KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS. SIAPA YANG BIJAK BERPOLITIK PAS ATAU DAP? Kalau Nik Aziz begitu marah kepada Ustaz Nasha sehingga menganggapnya sebagai sampah dan menyuruhnya letak jawatan sebagai MP Pas kerana menyokong pendapat DS Najib dalam soal UG Umno-Pas sebelum majlis Pakatan itu membuat keputusan, apa kata pula Nik Aziz dalam soal keputusan DAP Kedah mengistiharkan tergesa-gesa keluar dari Pakatan Rakyat Kedah tanpa merujuk kepada keputusan majlis tertinggi Pakatan itu. DAP Kedah mengistiharkan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star. Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut. petronas sub contractor 231105 thomas suBerikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya. DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut. Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibunegara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut. Kerajaan Pakatan (Pas - PKR) masih lagi menguasai DUN Kedah dengan kelebihan enam kerusi. Kedudukan terbaru dalam DUN Kedah kini, Pas 16, BN 14, PKR 5 dan DAP 1. Kesemua jumlah Adun Kedah ialah 36 orang. ArissG Ulasan... Blogger PaKMie said... Salam dari Pakmie... Ternyata Ustaz Azizan lebih layak bergelar "Mursyidul Am PAS" kalau dibandingkan dengan Nik Aziz, kerana kealimannya tidak mahu bersekongkol dengan DAP yang hanya berjuang untuk ladang dan kandang Babi yang ternyata haram di sisi Islam. Wahai Nik Aziz fikir-fikirkan lah...anda tidak layak memegang jawatan itu lagi. Ketegasan Ustaz Azizan dalam menangani isu babi berdepan dengan DAP memberi aset yang baik untuk masa depan politik Ustaz Azizan berbanding Nik Aziz yang hanya pada ISLAM slogan semata-mata.

No comments:

Post a Comment