PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 5, 2012
KISAH BENAR – adakah Melayu pemalas PDF Print E-mail
Written by Webmaster
Sunday, 22 August 2010
Image
Pagi jam 10.00am mereka hadir, mengangkut kanopi dan memasangnya. Jam 11.00 malam nanti mereka akan mengangkat kembali kanopi tersebut dan menyimpan dalam kereta, van atau lori mereka. Ini kerana mereka rakyat marhaen. Rakyat yang bukan marhaen tidak perlu membuka dan memasang kanopi setiap hari. Kanopi mereka sedia tersusun. Tempat perniagaan mereka cukup strategik. Namun mereka yang dari orang biasa ini turut hadir mencari rezeki sempena bulan Ramadhan ini. Ini rutin mereka.
Mereka berniaga sehingga 11.00 malam sebelum mengangkut kanopi untuk balik. Ini masa perayaan. Kalau tidak, ada antara mereka yang berniaga siangnya di kawasan Masjid India dan malamnya akan berada di mana-mana pasar malam dan bazar-bazar malam yang di buka dan berniaga sehingga lewat 3.00 pagi – 4.00 pagi. Semuanya atas nama keperluan untuk menyara hidup. Semuanya atas nama keperluan untuk terus hidup dan semuanya kerana kehidupan.
Adakah mereka ini MALAS? Rata-ratanya semua mereka adalah dari kaum Melayu. Adakah Melayu itu malas? Mereka lebih rajin dari sesetengah kita. Mereka berniaga hampir keseluruhan waktu bangun dan mereka tidur awal subuh sehingga pertengahan pagi untuk kembali membuka tempat perniagaan. Namun mereka masih di situ – ada yang sudah bertahun-tahun masih di situ – masa seolah-olah tidak berubah. Adakah mereka PEMALAS?
Kenapa mereka masih di situ – kenapa tidak berganjak? Ada yang telah kaya dan ada yang masih miskin. Bila kesempitan wang AH LONG sentiasa menunggu – lebih kerap hadir ke kawasan situ dan amat mudah dikenali dari kepimpinan kita yang ada hari ini. Adakah MEREKA PEMALAS? Adakah kita mengerti dan tahu apa yang mereka lalui. Mereka dalam mengejar asas keperluan untuk hidup ada yang tidak sempat melihat anak mereka membesar di rumah. Ada anak-anak mereka yang membesar dalam kereta dan dalam kedai tempat mereka berniaga. Mereka masih di situ - ada kita kisah! Ada kita ambil peduli? Adakah kita sedar keruntuhan sosial juga berlaku akibat tekanan kewangan. Adakah kita sedar pengabaian anak-anak mereka adalah kerana ibu bapa terpaksa merenangi hidup kesempitan dan terpaksa melalui gelombang kemodenan yang memakan nilai murni kekeluargaan mereka. Mereka PEMALAS, bukan begitu?
Semuanya boleh berubah. Semuanya mampu diubah kalau kita mahu keadaan itu di ubah. Kita perlu tahu ambil tahu dan ambil langkah untuk mengubah, mereka ada di situ dan mereka masih tersepit dalam polisi dan nilai negatif yang ada dalam pentadbiran ini. Kita sedar tetapi kita juga berdiri berpeluk tubuh sambil melihat serta berkata dalam hati – itu bukan masalah kita. Namun kita perlu sedar – mereka juga ada kuasa untuk mengubah. Kita lahir dalam sistem demokrasi – kita berpeluk tubuh ada yang lain menghulur tangan. Akhirnya perkara yang kita kata kecil mengubah kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment