PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, February 22, 2012
KONDOMINIUM MEWAH ATAU RUMAH KOS RENDAH?
Roh Harum Dan Ruh Busuk
Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.”
Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” - H.R Muslim
Dalam persekitaran eko-sosial masyarakat pertanian, kemiskinan adalah identiti utama.
Masyarakat tani mudah miskin kesan ketidakstabila harga keluaran selain terdedah dengan risiko seperti kemusnahan akibat bencana alam, serangan makhluk perosak dan harga pasaran.
Meneliti lanskap masyarakat di Kedah, 75% rakyatnya terdiri dari golongan petani, nelayan, penjaja kecil, bekerja sendiri.
Perumahan adalah antara keutamaan yang wajar diberi perhatian, kerana masih ramai golongan termasuk kakitangan kerajaan bawahan tinggal menyewa, menumpang rumah keluarga ataupun hidup dalam kediaman yang kurang sesuai.
Justeru, keutamaan pastinya membina rumah kos rendah, rumah mampu milik yang membolehkan golongan terbesar tadi dibuka peluang membeli rumah sendiri.
Malangnya dek kerana keangkuhan, dan mungkin juga cubaan mahu membuktikan bahawa, PAS, PKR dan DAP di Kedah sebagai kerajaan mampu membangunkan projek mega, bertaraf bintang, maka rakyat akhirnya dihadiahkan dengan pengumuman Azizan bahawa, BDB dengan kerjasama BELLVIEW SDN BHD bakal membangunkan 25 tingkat kondominium mewah 5 bintang di tanah milik BDB. Projek dijangka siap menjelang 2014.
Persoalannya, dari kalangan 75% segmen masyarakat berpendapatan rendah dan mudah miskin itu siapa yang mampu memiliki dan membeli kondominium mewah berkenaan?. Berapa ramai kaum Melayu dapat menduduki kondo tersebut?, dan apa pula nasib golongan pejuang PAS, PKR dan DAP yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kemenangan parti kesayangan mereka selama ini bersetuju dengan projek bersifat keangkuhan itu?
SULLIH atau ZIPY apa sudah jadi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment