Tuesday, February 21, 2012

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin yang merasakan dirinya Melayu yang berada di dalam struktur pentadbiran kerajaan Lim Guan Eng dicabar melakukan sesuatu untuk membantu 27 peniaga Melayu yang dihalang berniaga di Komtar pada Ramadan ini. Cabaran keras itu tersebut dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mahukan pemimpin tersebut melakukan sesuatu dalam usaha membela nasib peniaga berkenaan yang tertindas di bumi sendiri. Tegas beliau, tidak ada maknanya jika Anwar yang diagung-agungkan oleh penyokongnya sebagai pemimpin Islam yang hebat, Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Osman memegang jawatan berkenaan dan Abdul Malik Abdul kasim yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna langsung tidak membuka mulut dalam soal berkenaan. “Kita cukup hairan… ke mana perginya suara-suara golongan ini yang kononnya cukup hebat dalam soal pentadbiran termasuk mengkritik Kerajaan Persekutuan khususnya menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai fitnah dan dakyah. “Apakah golongan ini juga bersubahat dan bersekongkol menindas peniaga terbabit yang telah sekian lama mencari rezeki di bulan Ramadan. “Apakah mereka tidak tahu bulan yang mulia itu penuh dengan keberkatan. Apalah kiranya hentikan sekejap permainan politik kepartian dengan mengutamakan soal-soal kebajikan sedemikian rupa. Berilah peluang kepada peniaga tersebut mencari. Janganlah zalim sangat,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan atas aarahan Adun Dap. “Kalau tidak mampu selesaikan masalah ini, mungkin Kerajaan Selangor selepas ini boleh memikirkan kembali perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonominya,” kata Senator Musa. Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri, sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam. Musa seterusnya menegaskan, pihak terlibat sepatutnya membenarkan mereka berniaga di situ seperti tahun-tahun sebelumnya dan jika ada sebarang pertukaran sekali pun, ia perlu dimaklumkan terlebih awal. “Mereka ini memang zalim. Apa salahnya biarkan mereka berniaga seperti biasa, lagi pun bulan puasa beberapa hari sahaja lagi. “Kalau hendak tukar sekali pun tunggulah tahun depan, buatlah perbincangan untuk cari jalan penyelesaian dan bukannya usir begitu sahaja, mereka ini mencari rezeki,” katanya. Beliau seterusnya menyarankan agar Anwar segera turun padang atau sekurang-kurangnya memberikan nasihat kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan masalah berkenaan. “(Memang) ya lah… kalau di negeri sendiri pun tidak mampu selesaikan masalah sedemikian rupa, bagaimana pula di Selangor. Malang sungguh rakyat Selangor yang mendapat penasihat tidak mampu bersuara. Apakah ini membuktikan telahan bahawa pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan Dap,” kata Senator Musa. “Saya katakan begitu kerana bukankah Anwar ini Ketua Pembangkang. Lagi pun dia ni penasihat ekonomi Kerajaan Selangor. Mungkin akalnya boleh digunakan sementara waktu untuk membantu golongan ini selain di Selangor. “Kalau tidak mampu selesaikan masalah ini, mungkin Kerajaan Selangor selepas ini boleh memikirkan kembali perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonominya. “(Memang) ya lah… kalau di negeri sendiri pun tidak mampu selesaikan masalah sedemikian rupa, bagaimana pula di Selangor. Malang sungguh rakyat Selangor yang mendapat penasihat tidak mampu bersuara. Apakah ini membuktikan telahan bahawa pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan Dap,” katanya. -MediaUMNO Lagi Berita Berkaitan : Anwar Didakwa Subahat Kelirukan AS Biar Mahkamah Tentukan Kes Anwar Meliwat- Muhyiddin Anwar Semakin Terdesak Subahat Algore, Wolfowitz -TPM Pemimpin Melayu Pembangkang Pulau Pinang Ikut Telunjuk Dap – Pemuda UMNO Berita Bertarikh 10 August 2010 Pada 8:11 AM Berita Keseluruhan Kategori Utama » Berita Terkini Jalan Mudah Bila Terjerat Salahkan Media UMNO Putar Belit Kenyataan Isu Sokong Israel : Nik Aziz, Anwar Diingatkan Jangan Lari Ikut Pintu Belakang Puteri UMNO PJ Selatan Adakan Program Pendidikan Dekati Pengundi Muda 26 NGO Pahang Bantah Himpunan Hijau Ahad Ini Umpama Tunggul Kayu… Kata Dua Majlis Syura Ulama Pas Tidak Dihiraukan Anwar Bukan Perdana Menteri Lawan Anwar Debat Tapi Lebih Sesuai Saiful Seperti Dijangka Anwar Tolak Kata Dua Majlis Syura Ulama Pas Gabenor Harap Sokongan UMNO Realisasikan Impian Majukan Ekonomi Serantau Berita Bergambar : Minggu Keharmonian Mesyuarat Bersama Kunjungan Hormat Follow umnoonline on Twitter Log in + PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO 59,848,343 Juta Hits Sejak 1 Jan 2011

No comments:

Post a Comment