PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, February 22, 2012
Mat Sabu bantu DAP dalam PAS?
Revolusi dalam PAS.. kempen berebut jawatan sudah mula kelihatan dalam parti itu. Paling pupolar ialah kesungguhan pro-Mat Sabu dilihat mula melobi jawatan Timbalan Presiden PAS untuk menggantikan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Apakah Mat Sabu tahu tak apa-apa tentang itu?
Awal-awal lagi mereka sudah mejaja nama Mat Sabu sebagai bakal calon Timbalan Presiden PAS sebelum bertanding lagi. Bertempiklah puak ni tak ubah seperti Pakatan Rakyat sewaktu kempen untuk pilihanraya Sarawak yang lepas. Mereka over yakin… semua calon mereka bergelar BAKAL YB… Akhirnya hampas pun tak dapat….
Kita pernah kata, PAS tidak pernah belajar daripada kesilapan… lubang yang dahulunya tempat dipatuk ular, lubang itulah juga yang haluan mereka. Mat Sabu adalah rakan baik Lim Guan Eng.. Apakah ini bermakna DAP akan turut sama berkempen melobi sekutunya untuk dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS?
Akan semakin perkasakah PAS apabila Husam Musa berjaya menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Mat Sabu sebagai timbalannya nanti..? Satu orang sekutu kuat Anwar seorang lagi sekutu kuat Lim Guan Eng? Jika berlaku, bukankah ia akan mengukuhkan penguasaan DAP terhadap PAS.
Parti PAS kini seolah-olah tidak ada beza dengan parti DAP dan PKR yang mengamalkan demokrasi melobi sokongan untuk memilih pemimpin yang berperanan sebagai ulama mereka. Tunggu sahajalah pemimpin veteran mereka bersara daripada dunia politik seorang demi seorang..
Dalam perhatian, PAS kini terikat dan tidak mungkin mampu membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada DAP, hatta hal ehwal menentukan siapa amir mereka juga akan dipengaruhi oleh DAP. Semacam satu perjanjian, PAS peroleh sokongan dengan syarat DAP mendapat kepentingan hasil daripada kerjasama itu.
Lihatlah bagaimana Anwar dan Lim Kit Siang juga terlibat secara langsung dalam muktamar PAS yang ke-56. Sebelum ini agak ramai yang mempersoalkan apakah ikatan di antara PAS dengan Pakatan Rakyat sehingga mereka diberikan penghormatan melebihi pemimpin-pemimpin PAS yang lain dalam pembentukan struktur kepimpinan parti mereka.
Apakah PAS juga diberikan kedududukan sama ketika pemilihan PKR dan perhimpunan tahunan DAP? Fikir kembali.. Agaknya inilah hasil tranformasi politik PAS seperti dimaksudkan Husam Musa satu ketika dulu…
P/S: Di atas hanyalah pandangan rajahmas, tidak semestinya tepat bagaimanapun ia menunjukkan kecenderungan untuk berlaku... Perhatikanlah apa nasib PAS kelak..
Posted by Apai Ngelai at Friday, April 22, 2011
Labels: Anwar Ibrahim, DAP, Pakatan Rakyat, PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment