PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 24, 2012
May
06
WANTED! – Kempen Cari Pelaku Video Seks
Filed Under ( PKR ) by pisau on 6.5.11
AIDCNews – 04/05/11 – Kelab penyokong AIDC menyarankan agar dilancarkan satu kempen besar-besaran mencari pelaku seks bersama pelacur China sebagaimana yang telah didedahkan dalam video yang tersebar baru-baru ini.
‘Hero Malaya’ mencadangkan supaya dibuat banyak salinan fotokopi imej muka pelaku video seks yg dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dan ditampal di merata tempat di negara ini.
Menurutnya untuk menarik minat orang ramai, boleh juga dibuat tawaran lumayan dengan mengatakan, ” WANTED! RM100,000 REWARD” di setiap salinan imej muka pelaku seks itu.
Saranan ini turut disokong oleh ‘aku’. Menurutnya sepatutnya langkah ini dilakukan awal-awal lagi oleh Anwar kerana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan pelaku itu adalah suaminya.
Katanya keluarga Anwar yang mempunyai banyak kewangan sepatutnya mengeluarkan belanja untuk mencari pelaku sebenar video seks tersebut kerana pelaku itu telah melakukan perbuatan terkutuk iaitu berzina dengan pelacur China yang boleh mencemar imej dan reputasi Ketua Umum PKR sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
Kelab penyokong laman ini membuat saranan tersebut sebagai susulan daripada laporan AIDCNews yang bertajuk ” Siapa Pelaku Video Seks Itu ?”. Klik di sini
Laporan sebelum ini menyebut terdapat kontradiksi di antara isteri dan kawan rapat Anwar berkenaan pelaku video seks itu.
Isteri Anwar, Wan Azizah menafikan pelaku video seks itu adalah suaminya tetapi sekadar penafian biasa tanpa membuktikan serta menamakan siapa individu yang dikatakan bukan Anwar itu?Selanjutnya klik-AIDC
Pisau kata " beri hadiah kepada sesiapa yang berjaya cari sipelakon didalam video ini,sama sama kita bantu agar isu ini dapat diselesaikan"
Read more: http://www.pisau.net/2011/05/wanted-kempen-cari-pelaku-video-seks.html#ixzz1pvbBx4lo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment