PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 3, 2012
Melayu Mesti Bersatu -Rosnah
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini mengajak seluruh orang Melayu dan Islam bersatu demi kebaikan dan kepentingan semua di negara ini.
Ketua Puteri UMNO itu melahirkan seruan itu di dalam kenyataan medianya ketika mengulas kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek bahawa beliau tidak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada kaum Cina.
Sehubungan itu, Rosnah berkata, orang Melayu mesti membuka mata melihat bagaimana kaum-kaum lain sanggup bersatu hati memperjuangkan tuntutan mereka sebaliknya orang Melayu sendiri tidak pernah kisah tentang perpaduan malah sanggup bekerjasama dengan kaum lain kononnya atas nama perjuangan politik.
“Perkembangan terbaru ini jika tidak diteladani oleh orang Melayu maka kedudukan orang Melayu biar pun terjamin di sisi Perlembagaan namun akhirnya akan tersisih kerana kaum lain bersungguh-sungguh dan sanggup bersatu biar pun berbeza pandangan politik sehingga tidak mustahil akan membentuk kekuatan kaum mereka di negara yang kita cintai Malaysia.
“Kebimbangan Puteri UMNO ini juga sangat berkait rapat dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa ada parti politik yang telah mewujudkan perlembagaaan baru,” katanya.
Rosnah berkata, pastinya perlembagaan baru yang menyisihkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak-hak orang Melayu itu senada dengan perjuangan parti tertentu yang selama ini memperjuangkan prinsip kesamarataan.
“Jika kesemua perkembangan terbaru ini masih gagal membuka minda orang Melayu untuk bersatu hati, Pergerakan Puteri UMNO percaya usaha untuk menggugat kedudukan agama dan bangsa kita akan digerakkan dengan agresif dan tanpa segan silu lagi,” katanya. -MediaUMNO
Lagi Berita Berkaitan :
Jangan Tunding Jari Kepada UMNO – Rosnah
7 wasiat raja Melayu
Hentikan Lakonan Jangan Pura-pura, Ini Bukan Sandiwara – Rosnah
Cubaan Dap Hapus Hak Melayu Di Selangor -Puteri UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment