PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, February 20, 2012
Melompat-lompat penyokong PAS bila tengok gambar yang di atas dipampang disimpang jalan di Galas. Kutuk Nik Aziz tahan, kutuk Presiden tahan, Timbalan Presiden laaagiii tahan, tapi jangan kutuk DAP. Kutuk DAP macam kutuk Islam, kutuk DAP macam kutuk agama, begitulah hebatnya DAP sekarang dihati PAS, bukan macam dulu.
Buktinya, dalam mengulas gambar itu, media putar belit nombor satu PAS memilih tajuk “Lawan PAS mainkan sentimen agama”, dia nak mengatakan UMNO main sentimen agamala tu. Tapi tuan puan pembaca ku yang budiman, cuba perhatikan gambar yang di atas, apa yang kena mengena dengan agama? Salah ke tulisan tu? Tak betul ke satu ketika dulu Karpal pernah kata langkah mayatnya kalau nak laksanakan negara Islam, tak betul ke? Karpal kapir, tak betul ke? PAS pun jangan sebut apa pasal Islam dalam kempen sebab itu main sentimen agama, boleh?
Cubalah pilih hari lain untuk jadi bodoh bukan semasa kempen pilihanraya kecil bila mana mata semua tertumpu kepada satu tempat, buat malu je tau.
Tajuk artikel itu sendiri sudah satu hal yang cukup mengelirukan fikiran (tang mana sentimen agamanya), tapi yang lebih mengelirukan ialah ulasan Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud (siapa dia ni?) dan Tony Phuan (MP DAP) yang dipetik artikel tersebut. Mohd Nasir dipetik sebagai berkata:-
Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini.
Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.
“SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini. Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen sebegini,” kata Nasir.
Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.
Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.
Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut.
Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.
dan Tony Phua pula, pendek saja ceritanya:-
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.
“Umno tidak pernah berubah,” kata Tony Phua melalui twitternya.
Mana-mana satu pun, tidak langsung menjelaskan tuduhan bahawa UMNO main sentimen agama melalui kain rentang tersebut. Malah, kalau pembaca semua perhalusi bait-bait respon kedua ekor di atas, memang tiada apa yang mengaitkan tuduhan UMNO main sentimen agama melalui kain rentang tersebut.
Isu yang dicatat dan dipromosi di dalam kain rentang yang tersebut ialah isu sebenar, isu hangat (walaupun dah lama) dalam nak menunjukkan hipkorasi PAS. Tukar perjuangan macam tukar kasut, sekejap itu boleh, sekejap ini dah tak boleh. Yang PAS nak alergik tu kenapa sehingga tergamak menuduh UMNO main sentimen agama. DAP tu agama ke, Karpal tu Tuhan baru PAS ke?
Tak usahla PAS nak menjadikan kebenaran yang ditulis dalam kain rentang itu sebagai alasan UMNO melanggar peraturan pilihanraya dan AMARAN HISHAMUDDIN smengenai larangan menyentuh sentimen agama dalam kempen politik. Maafla Dato Sri Hisham, huruf itu memang sengaja dibesarkan, kalau tidak orang tak takut Dato Sri.
Balik kita pada haramkahjadah,
Haramkahjadah pun dah pandai ikut cara tabloid apa yang dipanggil seni tajuk. Seni tajuk ini dalam erti ringkas bermaksud, tajuk mesti mau gempak tapi isi dibawah cerita hal lain. Anyway, Haramkahjadah pun apa beza dengan tabloid yang hidup dengan iklan seks dan ubat kuat seks untuk menyara kehidupan para wartawan putar alamnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment