PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, February 13, 2012
Mereka tidak lagi mempercayai Anwar Ibrahim dan PKR, anda bila lagi??????
click to enlarge
Kasih sayang Mohd Shukri Mohd Ramli @ Cucumatkilau kepada Anwar juga sudah luntur seterusnya meninggalkan PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan pada tahun 1999 dengan hasrat kononnya untuk menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat kini menghadapi situasi politik yang tidak menentu.
Walaupun parti itu yang diketuai oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan didampingi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta disokong oleh insan kesayangan Anwar, Azmin Ali dan anak Anwar, Nurul Izzah baru sahaja menyelesaikan pemilihan tetapi ia boleh dianggap sekadar pemilihan semata-mata.
Tiada apa-apa signifikannya kerana semua orang tahu bagaimana pemilihan berlangsung di peringkat cabang-cabang, yang pasti semua orang Anwar menang.
Bagi mereka yang ikhlas berjuang untuk memperkasakan PKR yang dilihat sudah lari daripada matlamat perjuangan asal, mereka terpaksa angkat kaki. Mereka tidak mahu hanya menjadi perkakas politik kepada Anwar bagi mencapai cita-citanya ke Putrajaya.
Kalau pun mereka berhasrat melakukan perubahan apatah lagi menentang orang kesayangan Anwar seperti Azmin maka mereka perlu bersedia menerima akibatnya.
Demokrasi dan kebebasan yang dilaung-laungkan hanyalah hipokrit Anwar dan konco-konconya, berikutan itu maka seorang demi seorang meninggalkan parti tersebut.
Terbaru yang berbuat demikian atas nama prinsip ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Puncanya, beliau muak dengan masalah dalaman PKR.
Langkah Zaid akan menambahkan lagi senarai panjang mereka yang meninggalkan parti itu atas nama kebenaran.
Malah lebih menarik Zaid bukanlah sebarangan pemimpin, ia terbukti apabila tidak sampai beberapa bulan menyertai PKR, beliau telah dipilih bertanding sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Hakikatnya, sejak tahun 2007, PKR tidak pernah sunyi daripada tindakan pemimpin-pemimpinnya meninggalkan parti itu.
Antara yang paling awal berbuat demikian ialah Dr Chandra Muzaffar yang memegang jawatan Timbalan Presiden. Kemudian ia diikuti pula dengan orang-orang yang dianggap rapat dan sanggup mati demi Anwar.
Ia termasuklah, kawan baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Noor, Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Ketua PKR Negeri Sembilan, Ruslan Kassim, Setiausaha AMK, SD Mohamad Johari Yassin.
Pemimpin-pemimpin wanita juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR dan Anwar, mereka yang agak terkenal ialah Nell On (Ketua Wanita PKR), Marina Yusuff (Naib Presiden Parti Keadilan), Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bagan Serai), Datin Saidatul Badru Said Keruak (Naib Presiden PKR), Aminah Abdullah (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang) dan beberapa orang lagi di peringkat bahagian.
PKR juga turut menerima tamparan hebat apabila mulai tahun lalu seorang demi seorang wakil rakyat “angkat kaki”.
Bermula dengan peletakan jawatan V. Arumugan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, ia diikuti oleh Mohd Radzi Salleh (Lunas), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Tan Wei Shu (Bakar Arang), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang).
Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan oleh PKR terhadap tindakan wakil-wakil rakyat berkenaan namun ia belum mampu menghentikan fenomena meninggalkan parti.
Bagi mereka yang berprinsip dan melihat PKR penuh dengan kepincangan, kepalsuan serta pembohongan, mereka tidak mahu terus bersekongkol dengan Anwar dan konco-konconya.
Justeru wujudlah tindakan keluar parti oleh beberapa ahli Parlimen PKR. Mereka ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd.Hashim, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).
Jika mahu disenaraikan satu persatu siapa yang sudah mengucapkan selamat tinggal kepada PKR ia sememangnya ramai. Tetapi apa yang jelas ia belum juga menginsafkan Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR lain.
Sebaliknya, mereka dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin DAP dan PAS terus melemparkan pelbagai tuduhan kepada pemimpin yang meninggalkan PKR.
Paling hebat apabila Anwar mengatakan ahli Parlimen yang keluar dibayar berjuta-juta ringgit tetapi sampai ke hari ini tiada satu pun bukti diketengahkan.
Pembohongan, memutar belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi agenda Anwar apabila beliau memimpin PKR selepas keluar dari penjara telah menimbulkan perasaan muak di kalangan pemimpin dan ahli parti itu.
Tetapi Anwar, Dr Wan Azizah, Azmin dan Nurul Izzah tidak mahu mengakuinya. Malahan Anwar lebih suka meneruskan “hobinya” memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.
Anwar tahu bahawa tiada sesiapa pun dalam PKR termasuklah Dr Wan Azizah yang menjadi Presiden, tidak akan berani menegur cara berpolitik yang beliau amalkan.
Namun apa yang jelas perjuangan politik PKR kini semakin kelam-kabut dan tiada hala tuju, malahan PKR yang diterajui Anwar sekarang tidak lagi dilihat berjuang untuk rakyat, sebaliknya lebih kepada politik merebut kekuasaan semata-mata.
''Sebagai sebuah parti, hala tuju PKR sudah jauh terpesong daripada asas-asas penubuhannya. Ia sudah menjadi parti anak beranak dan kroni Anwar sahaja,'' kata seorang penganalisis politik terkenal di sebuah universiti tempatan.
Menurut beliau, ramai rakan lama Anwar sudah mula tinggalkan Penasihat PKR itu kerana tidak sanggup bersubahat dengan penyelewengan dalam perjuangan yang Anwar bawa sekarang.
Kita tidak hairan jika selepas ini ramai lagi yang akan meninggalkan PKR kerana tidak semua di dalam parti itu yang rela diperbodoh atau menjadi “pak turut” kepada cara berpolitik Anwar.
PKR hakikatnya semakin kehilangan pengaruh di kalangan rakyat. Selain daripada masalah dalaman yang semakin meruncing, tindakan parti itu terutamanya Anwar yang tidak menunaikan janji ketika pilihan raya umum lalu turut akan menghancurkan perjalanan politik PKR.
Mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin yang masih kekal di dalam PKR boleh berhujah apa sahaja mengenai situasi parti itu.
Tetapi apa yang jelas segala keburukan PKR semakin terdedah dan ia bukannya dilakukan oleh mainan politik sesiapa tetapi oleh pemimpin-pemimpin PKR sendiri.
Dalam situasi ini juga, maka tidak keterlaluan jika kita bertanya kepada PAS, kapal siapakah sebenar yang hendak karam?
Ia kerana sebelum ini parti itu menolak kerjasama dengan Umno dengan mengibaratkan Umno seperti kapal yang mahu karam tetapi ketika parti terbesar Melayu itu semakin pulih daripada kejutan Pilihan Raya Umum 2008, PKR pula yang terumbang-ambing dan paling malang ia mungkin akan menyeret PAS bersama-sama.
Zulkiflee Bakar - Utusan Malaysia
at 6:47 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment