Wednesday, February 8, 2012

MINDA BISTARI #8 - KORPORAT BUKAN KEPARAT Posted On October 29, 2009 (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 29 Oktober 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor) Saya sangat mengalu-alukan peluang berinteraksi dengan para pelajar, sama ada di peringkat IPT mahu pun sekolah kerana para pelajar merupakan generasi masa depan yang mempunyai banyak peluang, kesempatan dan potensi untuk membawa pembaharuan terhadap masa depan bangsa dan negara. Dari kalangan mereka akan bangkit negarawan dan usahawan terbilang yang mampu menerajui kepimpinan negara di bidang politik, sosial, ekonomi termasuk bisnes. Bisnes memberi kita peluang seluas-luasnya untuk menjadi kaya-raya. Tidak dinamakan ahli bisnes berjaya andainya tidak mencapai kemewahan hidup dan tidak dapat menghimpun harta kekayaan untuk hidup senang. Namun bisnes cuma untuk memburu kekayaan peribadi semata-mata tidak harus dijadikan matlamat hidup. Inilah yang sering saya tekankan dalam setiap ceramah saya kepada para pelajar. Malangnya hari ini banyak sekali kelihatan ahli bisnes yang menghalalkan segala cara, rakus dan serakah, sekaligus menghalalkan yang haram, justeru mengakibatkan ramai remaja Islam manjauhi bisnes! Penipuan, rasuah, eksploitasi, merampas hak orang lain, berleluasa sekali. Lebih membimbangkan apabila ada yang turut menindas dan mengeksploitasi. Ada juga yang sanggup merampas hak generasi masa depan, misalnya dengan cara bisnes yang merosakkan alam sekitar, membunuh makhluk ciptaan Tuhan, meruntuhkan bukit, memusnah hutan, membunuh hidupan sungai dan laut sehingga memberi kesan kepada keseimbangan ekosistem dan iklim sekalipun. Semua ini semakin kerap terjadi. Semakin berkembang bisnes, semakin besar kerosakan yang dibawa sehingga tidak lagi layak digelar korporat tetapi keparat! Read More » | 1 Comment » MINDA BISTARI #7 - REZEKI SECUPAK BOLEH JADI SEGANTANG! Posted On October 21, 2009 (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 22 Oktober 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor di bawah tajuk “Secupak Jadi Segantang”) Sebagai sebuah organisasi korporat amanah, Johor Corporation telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran sekaligus mencorakkan imej dan hala tuju Johor Corporation pada hari ini. Kesemua cabaran dan rintangan yang dihadapi telah ditangani dengan penuh berhikmah melalui strategi kreatif yang membolehkannya berdiri tegap sehingga kini. Semuanya dilaksanakan demi menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan tanpa sedikitpun dibenarkan kepentingan peribadi yang sempit dan serong meresap di dalam organisasi ini. Johor Corporation telah membuktikan kegigihan barisan Intrapreneur (atau Read More » | 10 Comments » JCORP’S BUSINESS JIHAD JOURNEY: MILESTONES ON THE CORPORATE WAQAF ROUTE Posted On October 19, 2009 5-steps-2 Read More » | 17 Comments » MINDA BISTARI #6 - SIAPA KATA KETAM BERJALAN TIDAK BETUL? Posted On October 18, 2009 (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 15 Oktober 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor di bawah tajuk “Ketam Berjalan Betul”) ketam1 Jika diperhatikan penglibatan remaja Melayu dan Muslim dalam bisnes begitu sedikit akibat daripada ceteknya budaya bisnes sebagai pengalaman hidup. Mungkin juga terdapat halangan minda dan persepsi yang melemahkan semangat dan membuatkan kita kurang berminat untuk menceburi bisnes. Mungkin ramai yang akan mengeluh, setidak-tidaknya dalam hati mereka, Read More » | 14 Comments » MINDA BISTARI #5 - “CATUR BISTARI” BUKAN MONOPOLI Posted On October 8, 2009 (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 8 Oktober 2009 dengan tajuk “Falsafah Catur Bistari”) picture1 Peranan bisnes begitu penting sehingga digariskan di dalam al Quran hukum-hakam dan larangan yang jelas seperti mengurangkan timbang dan sukat, menipu dan memutar belit sebagai larangan besar yang ditegah dalam Islam. Malah Islam lebih manggalakkan umatnya berniaga, berjual-beli dan berbisnes daripada menggunakan wang sebagai modal untuk menghimpun riba Read More » | 21 Comments » MINDA BISTARI #4 - KITA BAGAI KATAK SEDANG DIREBUS Posted On October 1, 2009 (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro, 1 Oktober 2009 dengan sedikit penambahbaikan oleh pihak editor) katak1 Hari ini kita saksikan semakin ramai manusia di seluruh pelusuk dunia yang tidak senang dan bersikap marah terhadap dunia Barat dan sistem kapitalis bawaannya, yang dianggap terlampau memihak kepada yang kaya, tidak adil dan kerap menunjukkan ciri-ciri memeras dan menindas orang lain. Namun kemarahan dan kebencian umat Islam ini juga adalah sesuatu yang kompleks. Mengapa ianya masih berlaku walaupun setelah begitu lama umat Islam bebas dan merdeka? Tidakkah ianya berlaku kerana ramai yang bencikan keadaan di mana mereka semakin hilang punca, hilang identiti dan jatidiri? Tidakkah kemarahan dan kebencian ini juga mencerminkan kemiskinan dan kedaifan hidup sebahagian besar umat? Tidakkah umat Islam marah kerana minda, jiwa, hati, sanubari dan pemikiran mereka walhal iman di dada sekalipun, semakin terancam oleh pengaruh Barat yang kian meresap dan menular ke dalam semua masyarakat Muslim? Penjajahan kali ini boleh menjadikan mereka menjadi seperti katak-katak yang selesa - leka dan khayal dibuai impian, tetapi sebenarnya ketandusan daya dan upaya, kerdil jiwa dan kehilangan jatidiri - hingga akhirnya mati direbus hidup-hidup! Read More » | 4 Comments » Muhammad Ali Hashim Email: ali.bizjihad@yahoo.com Tan Sri Muhammad Ali formerly President & Chief Executive of Johor Corporation (JCorp), and has been CEO for more than 28 years (since January 1,1982 - July 29, 2010). Read More

No comments:

Post a Comment