PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, February 28, 2012
Niat DAP Keluarkan Pulau Pinang Dari Malaysia Makin Terserlah
Memburuk-burukkan Malaysia di luar negara sudah menjadi sebahagian daripada perangai DAP. Pada zaman Lim Kit Siang ‘bertenaga’ dahulu, iaitu sekitar 1980-an sehingga pertengahan 1990-an, pemimpin agung DAP itu, sangat giat menjalankan usaha memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.
Kini perangai tersebut menular kepada anaknya. Lim Guan Eng yang sangat berbangga dengan kejayaannya ditemuramah oleh salah sebuah stesen radio di Australia, turut melakukan perbuatan yang serupa. Tembelangnya terdedah apabila perbuatannya memburuk-burukkan Johor sebagai sebuah negeri yang penuh dengan jenayah, menunjukkan sikap sebenar Lim Guan Eng dan DAP.
Temberang Guan Eng tentang tahap keselamatan dan statistik jenayah di Pulau Pinang, sebenarnya tidak sukar untuk disanggah. Sebut sahaja apa jenayah yang tidak ada di Pulau Pinang. Peningkatan kadar jenayah begitu ketara apabila DAP mengambilalih pentadbiran di Pulau Pinang.
Sedangkan Johor yang didengkikan dan difitnah oleh Guan Eng di Australia mencatatkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding Pulau Pinang di bawah DAP. Ini adalah kerana berbanding Pulau Pinang, Johor masih ‘baru’ dibangunkan untuk lokasi pelaburan. Manakala Pulau Pinang dan Selangor sudah lama dijadikan sebagai MANGKUK EMAS oleh kerajaan Malaysia.
Maka timbullah persoalan, apakah kedengkian dan hasad yang ditunjukkan oleh Guan Eng kepada Johor itu merupakan langkah pertama untuk mengeluarkan Pulau Pinang dari Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Lee Kuan Yew menerusi tragedi 1964 yang menyaksikan banyak perkampungan Melayu di pulau tersebut diratakan? Lebih-lebih lagi, Guan Eng sentiasa menepuk dada dengan penuh bangga kononnya, pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik berbanding UMNO-BN walaupun hakikatnya, hasil kerja UMNO-BN jugalah yang disedut dan dibanggakan oleh Guan Eng!
Kebanggaan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng sebelum ini, sebenarnya merupakan manifestasi kepada kebimbangannya kerana jikalau dia tidak melakukan sesuatu yang lebih drastik, Pulau Pinang akan ketinggalan jauh berbanding Johor dan Sarawak yang sekarang ini sedang semakin menghampiri Selangor dan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan di Malaysia.
Seandainya itu yang berlaku, bermakna segala temberang dan sembang besar Pakatan Rakyat yang kononnya mereka lebih baik berbanding UMNO-BN, akan hancur berkecai. Prasarana pelaburan yang ditinggalkan oleh UMNO-BN untuk Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, gagal dioptimumkan sepenuhnya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Pakatan Rakyat gagal menggantikan UMNO-BN sebagai kerajaan yang lebih baik.
Apabila memperkatakan tentang kemasukan pelaburan baru, para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim akan membangga-banggakan Selangor dan Pulau Pinang, walaupun di tangan Pakatan Rakyat, masih terdapat Kedah dan Kelantan. Berbeza dengan Kelantan, sebelum UMNO-BN tertungging pada PRU13, negeri tersebut mempunyai pusat pelaburan yang pernah diiktiraf sebagai yang terbaik di Asia.
Bagaimanapun, apabila PAS mengambilalih kerajaan, Kulim Hi-Tec Park sekarang ini tidak ubah seperti sebuah pusat perindustrian hantu. Bukan sahaja kemasukan pelabur-pelabur baru ke KHTP tidak begitu banyak, bahkan pelabur-pelabur yang ada, sebahagiannya telah pun berpindah ke Senai Hi-Tec Park di Johor.
Dua negeri yang ‘fresh’ gagal dibangunkan oleh Pakatan Rakyat. Manakala Selangor dan Pulau Pinang sebelum Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran, telah pun terkenal sebagai pusat perindustrian dan pelaburan. Manakala pelaburan-pelaburan yang baru masuk ke negeri-negeri tersebut, kebanyakannya adalah hasil kerja kerajaan pusat, bukannya kerajaan negeri.
Dalam hal ini, Guan Eng sebenarnya amat takut kalau-kalau dia ditempelak kerana gagal membawa pelaburan baru yang jumlahnya besar ke Pulau Pinang setelah dia bercakap besar tentang Cekap, Amanah dan Telus (CAT). Beberapa rombongan dagangnya dan penarikan pelabur ke Pulau Pinang, telah gagal sama sekali, malah hatinya lebih sakit apabila mendapat tahu, berbanding Pulau Pinang, pelabur-pelabur Australia lebih berminat dengan Johor.
Maka bermulalah kisah dongeng karangan Guan Eng apabila menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang paling selamat di Malaysia, walaupun hakikatnya negeri yang ditadbir oleh Guan Eng semenjak dirampas oleh Pakatan menjadi negeri yang berteraskan maksiat dan jenayah!
Pada masa yang sama, di Selangor, kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim pula sedang ‘merayakan’ kedudukan Selangor sebagai negeri yang paling banyak menerima pelaburan luar untuk enam bulan pertama 2011 selain bercakap besar tentang program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’.
Dan yang paling menariknya, sudah tentulah apabila Khalid Ibrahim memuji-muji keuntungan yang diperolehi oleh Kumpulan Semesta sebanyak RM50 juta walaupun semasa penubuhan Kumpulan Semesta dahulu, Khalid Ibrahim bercakap besar tentang RM160 juta.
Memerhatikan gelagat para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Guan Eng dan Khalid Ibrahim, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana mereka sebenarnya tidak mampu langsung mentadbir sebuah kerajaan negeri. Sebabnya sangat mudah, oleh kerana mereka gagal menjalankan tugas dengan berkesan, mereka akan mudah berbangga dengan sesuatu hasil sekalipun hasil itu bukanlah daripada usaha mereka, sebaliknya dari pihak lain… dalam kes ini, hasil kerja Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO dan Barisan Nasional!!!
Sekaligus memberitahu, berbeza daripada tohmahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan kerajaan-kerajaan negeri yang diketuai oleh Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalaulah Kerajaan Pusat yang diketuai oleh UMNO zalim sebagaimana yang dikatakan selama ini, bagaimana mungkin Selangor dan Pulau Pinang menerima kemasukan pelaburan-pelaburan baru yang sudah tentu akan menjejaskan kedudukan UMNO-BN sendiri?
468x60 ad code [Article page - Between comment and article]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment