PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 11, 2012
NIK ABDUL AZIZ CABAR DAP KELUAR PAKATAN RAKYAT!!!
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz mencabar DAP agar keluar dari Pakatan Rakyat, sekiranya masih menentang perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan yang hendak dilaksanakan oleh PAS Kelantan. Pengerusi DAP yang sangat ditakuti oleh Nik Abdul Aziz, Karpal Singh ketika mengulas hasrat Nik Abdul Aziz tentang hukuman hudud di Kelantan, menyatakan kehairanan tentang taktik lapuk PAS yang menggunakan hukuman hudud sebagai modal pilihanraya masih lagi diperkatakan.
Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, ‘secara peribadi’ menyatakan sokongan kepada hasrat Nik Abdul Aziz. Biarpun bukan menyatakan pendapatnya sebagai pendapat PKR, namun cerminan kepada pendapat keseluruhan PKR boleh dikesan pada ‘pendapat peribadi’ Anwar… sebabnya, pendapat peribadi Anwar itulah pendapat PKR!
Sebenarnya agak terlewat untuk Nik Abdul Aziz mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Dari awal lagi, Karpal Singh dan DAP tidak pernah bersetuju dengan mana-mana dasar PAS yang dilihat tidak kena pada mata mereka, tetapi Nik Abdul Aziz sendiri yang menyatakan, PAS telah berjaya mentarbiyyah DAP untuk memahami dan mengenali Islam.
Dalam mana-mana ceramah sekalipun, yang ditekankan ialah DAP sudah faham Islam dan tidak lagi menentang Islam kerana pendidikan yang diberikan oleh PAS. Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya tidak seperti yang digambarkan. DAP kekal sebagai penentang sebarang dasar Islam.
Sebaliknya, untuk menutup malu atas kegagalan mereka, PAS seringkali menyalahkan UMNO. Alasan yang diberikan ialah, kalau DAP menentang, itu tidak mengapa kerana DAP bukan Islam, tetapi penentangan yang ditunjukkan oleh UMNO pula, menunjukkan UMNO adalah kufur.
Padahal, alasan-alasan yang diberikan agar hukuman hudud dan qisas dilaksanakan dengan kaedah terbaik, bukan sebagai modal politik, tidak pernah dihiraukan oleh PAS. PAS memberi gambaran kepada para pengikut mereka, perlaksanaan hukuman hudud adalah penyelesaian segala-galanya. Sedangkan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w amat berbeza dengan ajaran PAS.
Dalam sebarang keadaan pada zaman Nabi s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin, perlaksanaan hudud dan qisas dilaksanakan setelah masyarakat diberikan pendidikan yang mencukupi, dan penguasaan masyarakat Islam, sama ada terhadap politik dan ekonomi diperkukuhkan.
Sedangkan di Malaysia, memang benar masyarakat Islam menguasai politik, tetapi penguasaan tersebut lebih banyak dilihat sebagai proksi dan terlalu bergantung kepada dasar kerajaan, bukannya bersifat terbuka. Persaingan ekonomi masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam di Malaysia, masih berjurang besar. Tanpa bantuan dan dasar-dasar kerajaan, masyarakat Islam di Malaysia, pasti telah menjadi masyarakat muflis yang hidup mereka hanya meminta-minta dan mengemis!
Agak menarik apabila dilihat, keazaman Nik Abdul Aziz itu diaktifkan menjelang PRU13 dalam usaha mendapatkan undi kaum Melayu-Islam yang dilihat semakin menjauhi PAS.
Apa-apa pun, sebagai umat Islam, perlaksanaan hukuman syariah yang ditetapkan oleh Allah Taala itu diharapkan dapat dilaksanakan di negara ini dan di bumi ini. Cuma perlaksanaan tersebut hendaklah diharapkan mendapat rahmat Allah Taala, bukannya dijadikan modal berpolitik yang mendatangkan kemurkaan dan azab Allah Taala, sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara yang turut melaksanakan hukuman tersebut, contohnya di Pakistan dan Afghanistan!
Dan sebelum perlaksanaannya, seharusnya ‘pembersihan’ hukuman yang ditetapkan oleh Allah Taala dengan hukuman berdasarkan adat seperti sula, tekanan terhadap wanita, penghakiman yang lebih bersifat jumud dan membuta tuli seperti draf hudud Kelantan yang menyamakan wanita mangsa rogol dengan pelaku zina berdasarkan bukti mengandung!!!
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you’re reading it on someone else’s site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A ‘Malign Intellectual Subculture’ – George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Kredit to: http://theflyingkick.blogspot.com/2011/09/nik-abdul-aziz-cabar-dap-keluar-pakatan.html
Artikel Lain:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment