PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, February 13, 2012
Nik Aziz Dakwa Beliau Di Paksa Kritik Anwar Isu Israel?
Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 14.2.12
Selepas bermesyuarat baru baru ini,dikhabarkan pimpinan PAS pusat amat gusar tentang sambutan terhadap siri ceramah Dr Hasan Ali.
PAS sekarang ini berasakan mereka keseorangan daripada kelompok Melayu dan Islam dinegara ini.Masakan tidak mereka berasakan ini hanya gerembolan totok saja yang masih walaq dalam melaksanakan agenda pimpinan pusat yang patuh kepada DAP dan PKR.
Apa yang mereka rasakan,satu tindakan harus diambil cepat kerana PAS sudah dilihat di tolak jauh oleh bangsa melayu malah penyokong mereka sendiri sudah nampak akan kelemahan PAS yang terlalu tunduk kepada DAP.
Beberapa siri kenyataan semenjak dua menjak ini seolah olah PAS tarik handbrake,mereka mula cuba tunjukkan bahawa mereka punyai prinsip.Teguran Nik Abduh mengenai Hari Valentine,Teguran Hj Hadi mengenai Anwar dan isu Israelnya.
Hari ini kita disajikan pula teguran Nik Aziz .
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.
Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.-Nik Aziz
Inilah yang dikatakan cubaan meremehkan minda rakyat,dalam masa menegur DAP dan PKR,tetapi PAS tetap menjalankan tugas sebagai isteri kepada kedua dua parti ini. PAS masih menadah diri habuan selingkohan DAP dan PKR.
Cukup sekadar menegur,tapi dibelakang tabir tetap berpeluk cium.Bukankah baru baru ini Anwar mendakwa beliau disalah tafsir oleh media.Katanya orang Malaysia tak reti bahasa Inggeris hingga salah tafsir dia menyokong Israel.
Habis satu malaya dikatanya bodoh tak reti bahasa,nah sekarang Anwar cuba memulihkan kembali imej sebagai kapten Israel apabila menemui pemimpin Hamas,tak ubah seperti Hilary Clinton menemui Khaleed Meshaal . Berkokok sakan blog dan media pakatan kononnya Anwar juga penyokong Palestin.
Kenyataan Nik Aziz hanyalah arahan daripada PKR,tapi ingatlah ini semua hanyalah arahan Anwar untuk memulihkan kembali imej beliau yang terlepas cakap menyokong Israel.
Pisau kata " selagi tidor sebantal dengan DAP dan PKR,PAS bersumpah potong jari pun orang tak percaya dah"
Read more: http://www.pisau.net/2012/02/nik-aziz-dakwa-beliau-di-paksa-kritik.html#ixzz1oyqCW1rI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment