Wednesday, February 8, 2012

Nik Aziz Pencinta Kebencian Posted on Khamis, 18 Jun 2009 by MymassaVoice in Apa lagi nak kita gelar manusia yang tak suka kan keamanan dan perpaduan demi keutuhan umat Islam di Malaysia tercinta ni selain "Pencinta Kebencian". Inilah Nik Aziz atau lebih senang di panggil Tuan Guru. Guru apa? guru kebencian, guru kemusnahan, guru kehancuran dan guru perpecahan umah. Nik Aziz rela PAS "di kuda" oleh DAP dan PKR dari bekerjasama dengan UMNO untuk menegakkan dan memperkasakan Islam dan Bangsa Melayu. Siapa sahaja yang membantah cakap nya akan di herdik, di halau dan di hina, nasib yang sama menimpa Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila kesediaan beliau untuk mempertimbangkan hasrat UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS. Nasharudin di halau dari PAS oleh Tuan Guru. Aku guna perkataan halau, sama je la dgn ayat "Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu." Kenapa lah agaknya Nik Aziz begitu bencikan UMNO? Nik Aziz tak dapat memaafkan UMNO sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR yang terang2 menentang perjuangan PAS selama ini! Dulu PAS di hentam teruk oleh DAP, tapi kenapa Nik Aziz boleh memaafkan DAP tapi tidak UMNO? Ya Tuan Guru, kita bukan malaikat, kita manusia biasa. Janganlah terlalu sombong dan bongkak. Apa Tuan Guru ingat di Malaysia ni Tuan Guru sahaja lah yang bijak dalam hal ehwal Islam? Nik Aziz lebih suka Nizar dari Nasharudin, sebab Nizar suka buat kecoh, suka bergaduh, menimbulkan kebencian org, sombong, tamak dan penderhaka. Aku nak tengok sejauh mana ketelusan PAS dalam memperjuangkan ISLAM di Malaysia. Ini lah masa nya untuk kita semua menilai, SIAPA PAS sebenarnya. Yang Ikhlas, Malaysian2day Nik Aziz Lebih Rela Bersatu Bersama DAP - USTAZ NASH, MARILAH BERSATU DI DALAM UMNO Semalam seperti yang kita sedia maklum, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyertai UMNO kerana sikap terbuka beliau bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan. Datuk Nik Abdul Aziz begitu marah sehingga dihina Ustaz Nasharuddin sebagai sampah dan boneka UMNO di dalam PAS. Insiden ini amat mengejutkan ramai pihak terutamanya penyokong PAS yang tidak menyangka sebegini teruk perpecahan berlaku di dalam parti itu. Betul juga idea Datuk Nik Aziz. Apa kata pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong Kerajaan Perpaduan terus meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Ini adalah demi perpaduan Islam dan Melayu. Setelah berada di dalam UMNO, kita dapat bersama-sama merealisasikan agenda perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara. Tapi, kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan sebenarnya amat kecewa dengan apa yang berlaku. Hanya kerana ingin melihat umat Islam dan Melayu bersatu, pelbagai helah dan tentangan diberikan. Inikah budaya kita di dalam Islam dan adat Melayu kita? Bersatu demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Kami tidak nampak sebarang masalah. Apa yang kami harapkan, PAS dapat menyatakan pendirian sebenar mengenai perkara ini. Jangan dibiarkan ianya terus bergelut sehinggakan umat Islam dan Melayu di pijak orang lain. Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan Posted by MymassaVoice on Khamis, 18 Jun 2009 at 3:01 PTG 0 comments: Catat Ulasan

No comments:

Post a Comment