Saturday, February 11, 2012

NIK AZIZ TETAP MENDESAK DAN MENUNTUT USTAZ HARUSSANI BERI PENJELASAN. TAK APALAH, KALAU NAK SANGAT, INILAH PENJELASANNYA….(BAHAGIAN KEDUA) Salam semua... Penulis ingin menyambung tulisan penulis hari ini tentang tajuk "NIK AZIZ TETAP MENDESAK DAN MENUNTUT USTAZ HARUSSANI BERI PENJELASAN. TAK APALAH, KALAU NAK SANGAT, INILAH PENJELASANNYA….(BAHAGIAN KEDUA)" PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN PAS PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat orang Islam menjadi keliru. Bahkan ada yang beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Bahkan keIslaman ahli-ahli parti lain boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah ideologi PAS yang sangat-sangat merbahaya kepada masyarakat ramai. Hal ini wajib segera dihapus dan dihentikan. Justeru di sini disenaraikan beberapa alasan yang menerangkan betapa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua. 1. Islam adalah Agama – Manakala PAS adalah sebuah parti politik. 2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah sedangkan mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah. 3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan manakala PAS menjadikan undang-undang tubuhnya sebagai panduan. 4. Islam tidak ada Presiden, Ahli Jawatankuasa Agung, Mursyidul Am, Ketua Pemuda, Ketua Kawasan dan lain-lain jawatan – Tetapi, dalam PAS ada jawatan-jawatan tersebut. 5. Islam disebar dan diperjuangkan oleh Rasulullah manakala dalam Pas tiada Rasul, pemimpin PAS bukan rasul. 6. Islam ciptaan Allah sedangkan PAS ditubuhkan oleh manusia bermula tahun 1951 sahaja. 7. Islam agama yang sempurna dan tinggi – PAS parti yang tidak sempurna. 8. Islam dianuti oleh manusia dan jin – PAS hanya terbatas kepada manusia sahaja, jin tidak boleh masuk PAS. 9. Islam boleh dianuti oleh seluruh warga dunia – PAS hanya boleh dianggotai oleh warganegara Malaysia sahaja. 10. Islam ada hukum dan peraturan dalam akidah dan syariah – PAS tidak ada hukum dan peraturan tersebut. 11. Dalam Islam ada hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram (5 dasar hukum) – dalam dasar undang-undang tubuh PAS tidak ada dasar hukum tersebut. 12. Adanya Islam tidak tertaluk di bawah akta pertubuhan (Islam tak perlu daftar di bawah undang-undang pendaftaran pertubuhan) – PAS wajib daftar, tak daftar tak boleh bergerak. 13. Masuk Islam tak perlu guna borang ahli ada pencadang, penyokong, dan bayar yuran pada setiap tahun – masuk PAS kena isi borang dan bayar yuran. 14. Islam bukan alat untuk dapatkan pangkat YB serta gaji dan elaun – dengan PAS boleh dapat pangkat dan gaji. 15. Umur taklif dalam Islam akil baligh (15 tahun) – umur boleh masuk PAS 18 tahun. 16. Dalam Islam orang Islam boleh berkahwin sesama Islam walaupun berlainan parti – jika PAS itu Islam, tentu orang PAS sesama mereka sahaja yang boleh berkahwin. 17. Islam tidak boleh pecat penganutnya – PAS boleh pecat ahlinya. 18. Keluar Islam murtad – keluar PAS tidak ada apa-apa jauh sekali dengan murtad. 19. Rukun Islam ada 5 perkara – rukun PAS berapa perkara? Tidak ada. 20. Dalam Islam tiada perebutan dan pertandingan jawatan – dalam PAS berebut jawatan. 21. Islam melarang keras caci-maki, mencarut, fitnah-memfitnah – dalam PAS tidak dilarang, malah menjadi satu amalan harian Pas, bahkan kata Nik Aziz menjadi Sunat sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Lahab. Posted by Salam semua (R)... at Saturday, March 12, 2011 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

No comments:

Post a Comment