PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 11, 2012
Ooh…Demo Sokong Sultan 1000 orang saja kata Malaysiakini?
Posted in Politik Nasional with tags Malaysiakini, PAS, Politik Perak, Sultan Azlan Shah, Utusan Malaysia on February 10, 2009 by maharajazhou
Oo..ikut Malaysiakini,cuma 1000 orang saja yang berkumpul menyokong Sultan Azlan Shah di Padang Sultan Abdul Jalil,Ipoh.Mengikut Utusan Malaysia,mereka tidak dibenarkan menggunakan Dataran Bandaraya Ipoh oleh pihak Polis.
demosokongsultan
Menurut Malaysiakini,jumlah yang berdemo sokong Sultan cuma 1000 orang saja.
Tapi,Malaysiakini mengatakan bahawa 3000 orang berdemo di Masjid Ubudiyyah selepas solat Jumaat lepas.Mari kita lihat gambar,3000 orang tu ramai mana?
demomasjidubud
Oh..jadi ini 3000 orang ya,Malaysiakini.Tapi, penulis rasa gambar atas lagi ramai.Kalau ini 3000,atas kurang-kurang 6000 orang.
Penulis cuba cari gambar paling ramai yang Malaysiakini pernah siar.Ini yang paling ramai penulis dapat jumpa untuk demonstrasi lawan Sultan di Masjid Ubudiyyah.
Kesimpulannya,nampaknya ramai yang sokong Sultan lagi dari lawan Sultan.Utusan anggarkan 5,000 orang tapi penulis selalunya akan letak kurang,tapi mesti lebih dari 3,000 orang.
Demo lawan Sultan ada seorang warga Indon kena tahan,tidak termasuk lagi kerahan tenaga Pemuda PAS dan GAMIS dari seluruh pelusuk negara.Suara rakyat Perak le PAS katakan…
9 Comments »
Riduan Tidak Sayang Canselor UM?
Posted in Politik Mahasiswa with tags GAMIS, Masjid Ubudiyyah, Riduan Mohammad, Shazni Munir, SPKUM, Sultan Azlan Shah, Universiti Malaya on February 9, 2009 by maharajazhou
Riduan Yang Di-Pertua,Kerajaan Minoriti MPPUM berkata,Sekretariat Presiden-Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) yang bercadang untuk melancarkan demontrasi mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan Azlan Shah di Dewan Tunku Canselor sebenarnya bertujuan untuk mempertahankan tindakan tidak demokratik oleh pihak-pihak tertentu.
Penulis hairan,kenapakah fikiran Riduan terlalu bersimpang-siur.Baru memegang jawatan sudah mula menghalang mahasiswa UM menunjukkan kasih terhadap Canselor Universiti Malaya.
demo_budakdikk
GAMIS mengaku bahawa mereka telah mengerahkan mahasiswa untuk berdemo di Masjid Ubudiyyah.Ini bermakna suara yang berdemonstrasi ini bukan suara rakyat Perak.Maka,atas kapasiti apakah GAMIS boleh masuk campur mencemari Masjid Ubudiyyah yang penuh bersejarah ini?
Yang sepatutnya yang Riduan patut marah dan melalut adalah kepada GAMIS dan kemarahan ini bolehlah ditunjukkan kepada Shazni Munir,Speaker GAMIS.GAMIS mengaku berbuat biadap dengan mengerahkan mahasiswa untuk berdemonstrasi di Masjid Ubudiyyah.
Dalam peristiwa itu,kereta Raja Nazrin dihalang dan ada pula kereta-kereta yang dimiliki kerabat Diraja Perak dibaling.Kenapa perbuatan serong GAMIS yang mencemarkan Masjid Ubudiyyah tidak dikutuk?
Sikap Shazni Munir sebagai warga Universiti Malaya yakni sebagai mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Bioteknologi), Akademi Pengajian Islam amat dikesali akan peranannya dalam pertubuhan derhaka seperti GAMIS.Shazni sepatutnya meletakkan jawatan dari GAMIS dan bertaubat. Sepatutnya,pihak pengurusan UM perlu tegas kepada semua warga UM yang menganggotai pertubuhan derhaka ini.
Namun,lebih mengecewakan penyokong-penyokong bukan Ahli Unit Pro-M tentulah akan sikap dolak-dalik Riduan Mohamad.Sepatutnya,Riduan sebagai Yang Di-Pertua MPP UM perlu mengutamakan suara majoriti mahasiswa UM dan juga keutuhan Universiti Malaya.
ridzuanmd
Riduan sepatutnya bersama dengan SPKUM untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta terhadap Canselor UM.Bukannya mempolitikkan usaha murni ini.Mungkin melihat sekadar ini sahaja kemampuan pemikiran Riduan mahasiswa UM hanya memberikannya undi ketiga tertinggi sahaja?
Perbuatannya mengaitkan tindakan SPKUM dengan UMNO adalah tidak wajar.Sepatutnya,Riduan tidak perlu mengaitkan soal politik luar dengan rasa kasih mahasiswa kepada Sultan Perak yang juga Canselor UM.Yang patut dikutuk dan dikritik Riduan adalah GAMIS dan Bersatu yang memperalatkan politik luar ke dalam isu perlantikan MB Perak yang melibatkan Sultan Perak,Seri Paduka Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak,Raja Dr. Nazrin Shah.
Ternyata,buat masa ini Riduan gagal dalam menyuarakan hati budi mahasiswa Universiti Malaya!Apa kata wakil Bebas dari Undang-undang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment