PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, February 22, 2012
Orang Melayu diminta agar tidak lagi menyokong Pas kerana perjuangan parti itu semakin terpesong dan mengetepikan Islam.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Pas kini bukan sahaja bersekongkol dengan DAP malah tunduk kepada ideologi parti itu.
Menurut beliau, Pas sanggup diperkudakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semata-mata demi menjayakan agenda politik masing-masing.
“Nyata sekali Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam kerana bersekongkol dengan DAP yang lebih cerdik daripada mereka. Dahulu Karpal pernah kata langkah mayat dia dahulu kalau Pas mahu menubuhkan negara Islam. Sekarang belum apa-apa, Pas mahu jadi negara berkebajikan pula.
“Di mana keikhlasan perjuangan Islam mereka? Saya menyeru orang Melayu jangan lagi menyokong Pas kerana mereka tidak lagi memperjuangkan Islam,”
Kamaruddin berkata, perjuangan terbaru Pas iaitu menumpukan kepada negara berkebajikan membuktikan parti itu sanggup mengetepikan perkara yang bertentangan dengan prinsip mereka hanya kerana mahu memerintah negara sedangkan UMNO sejak lebih 50 tahun lalu telah melaksanakan projek-projek kebajikan bagi membantu rakyat.
“Mereka ini suka putar-belit. Dahulu mereka kata macam-macam kepada Melayu dan UMNO termasuk kafirkan ahli-ahli parti itu. Sekarang mereka jilat balik kata-kata itu. Mereka bersekongkol dengan DAP. Orang Islam patut bercakap benar, ikhlas dan jujur.
“Ini bukan perjuangan sebenar Islam. Tukar sahaja nama kepada Parti Amal Jariah Se-Malaysia kalau nak jaga sangat soal-soal kebajikan yang memang sudah lama kerajaan amalkan,”
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment