PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, February 28, 2012
Pakatan Haram telah membuat keputusan untuk menolak hukum hudud untuk dilaksanakan di negara ini. DAP awal- awal lagi menentang hukum hudud dan mengugut akan meninggalkan Pakatan Haram sekiranya usul Hudud oleh PAS dipersetujui kepimpinan pembangkang.
Kemudian, MCA dan Gerakan pula mengancam untuk meninggalkan BN sekiranya UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melaksanakan hudud di negara ini. Padahal, usul tersebut tidak langsung ditimbulkan oleh UMNO atau Najib sendiri.
Persoalannya, apa masalahnya dengan hukum hudud?
Sebagaimana kita maklum, hudud merupakan sebahagian kecil dari perlaksanaan hukum perundangan Islam. Ia sangat adil dan mampu membawa kesejahteraan untuk semua, termasuk kepada yang bukan beragama Islam.
Jadi, di mana silapnya hudud sehingga ditolak ramai pihak?
Silapnya ialah hudud yang diusulkan Pas melalui Kerajaan PAS Kelantan sebanyak tiga kali dan Kerajaan PAS Terengganu sekali itu kurang adil dan tidak menyeluruh drafnya. Sila rujuk kepada surat rasmi yang diutus mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, yang menolak draf tersebut ekoran pelbagai kelemahan dan kekhilafan yang terdapat di draf tersebut.
Sebenarnya, sekiranya draf hudud itu syumul dan sempurna sifatnya, adil seadil-adilnya sebagaimana hudud Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan bersesuian dengan keadaan zaman ini, tidak mungkin Tun M akan menolak draf tersebut pada tahun 1993.
Secara peribadi, saya mendengar sendiri dari seorang mufti yang mengatakan bahawa setelah Tun M mendengar sendiri tentang hudud sebenar (bukan versi PAS), beliau setuju dengan perlaksanaannya. Namun, apakan daya, beliau bukan lagi Perdana Menteri. Mungkin sebab itu Tun M menyindir Nik Aziz untuk mengusulkan sekali lagi draf hudud kepada Najib, itu pun kalau sudah diperbaiki kelemahan yang ada…mungkin?
Yang peliknya, apahal pula dengan DAP, MCA dan Gerakan yang tiba-tiba campur tangan dalam hal ehwal hukum Islam ini? Mereka orang Islam, kah? Bukankah dalam Perlembagaan Negara ada menyebut bahawa mereka tidak boleh campur tangan dalam hal ini? Ini adalah HAK EKSKLUSIF umat Islam di negara ini. Tak faham bahasa, kah? Atau mereka berniat nak mencabar Perlembagaan dan keistimewaan itu?
Hudud adalah hukum Islam dan parti DAP, MCA serta Gerakan yang dipimpin oleh majoriti bukan Islam tidak ada hak untuk campur tangan. Jadi, diam saja lahhhh..!!!
Lagi pun, saya ada menghubungi sendiri Mufti Perak, Tan Sri Harussani untuk bertanya beberapa soalan mengenai hudud dan perlaksanaannya. Menurut beliau, hudud boleh dilaksanakan dan diterhadkan kepada orang Islam sahaja.
Manakala bagi golongan bukan Islam, Mufti Perak itu berkata, mereka boleh memilih untuk dihukum dibawah hudud tersebut atau undang-undang sedia ada. Lagipun di dalam Islam, tiada paksaan untuk mereka untuk berbuat begitu, “La ikraha fiddin…”, bukan?
Bagaimapun, beliau menetapkan bahawa hudud perlu dikaji terlebih dahulu mengikut kesesuaian zaman supaya ia adil, saksama dan bertepatan menurut Islam sebenar.
Saya setuju dengan kenyataan Mufti Perak tersebut. Hudud yang perlu dilaksanakan ialah hudud Islam dan bukannnya hudud PAS yang penuh dengan ketidakikhlasan, kelemahan, ketidakadilan dan tidak sempurna itu. Ia boleh dilaksanakan di dalam Kanun Syariah setiap negeri di negara ini.
Lagipun, hudud sebenarnya sudah terlaksana sebahagiannya di negara ini. Misalnya, hukum qazaf dan takzir ada dilaksanakan. Cuma qisas sahaja yang belum lagi. Meskipun tidak menyeluruh, ia mampu dilaksanakan jika ada pendekatan yang wajar dilakukan dan draf yang adil dihasilkan. Masalahnya, siapa yang mampu membuat draf hudud yang menhasilkan hudud Islam sebenar?
Justeru itu, kita tidak perlu takut dengan hudud. Hudud adalah hukum Islam yang datangnya dari Allah melalui Rasulullah SAW. Sudah tentu ianya adil dan sempurna sepanjang zaman! Cuma, kita perlu cerdikiawan, ilmuan, ulama muktabar dan para mujtahidin untuk meng”ijtihad”kan hukum tersebut. Itu saja.
Justeru itu, tiada cacat celanya hudud Islam itu dan ia wajar dilaksanakan di negara ini. Cuma, ia perlu dikaji saja. Bagi golongan Islam, sama ada menerima atau menolak hukum tersebut, itu adalah hak mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima.
Jadi, tunggu apa lagi? Kajilah sepuas-puasnya dari sekarang. Semoga hudud Islam sebenar dihasilkan di bumi Malaysia ini dan menjadi contoh kepada semua negara Islam lain. PAS nak “join”? Silakan…
Share this:
Share
Email
Print
By dukeofmontecristo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment