PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, February 28, 2012
PANAS : HARUN DIN PUN KECEWA DENGAN PAS...
Share to Facebook Email This BlogThis!
Digg StumbleUpon Delicious Reddit Technorati
Sebaik sahaja Hasan Ali, Harun Din menyertai PAS bersama beberapa tokoh Ilmuan Agama yang lain, PAS seakan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja. Maklumlah sebab sudah mempunyai 'komandan' yang paling dihormati dan disegani oleh pelbagai pihak.
Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Segala perancangan untuk melaksanakan agenda telah pupus sebagaimana pupusnya slogan 'Negara Islam' yang ditukarkan kepada 'Negara Kebajikan'. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional telah menerap dan mempraktikkan agenda ini selama pemerintahannya dimana semua kaum serta golongan telah pun mendapat manafaat daripadanya. Apakah manafaat yang boleh diberikan kepada rakyat menerusi slogan baru PAS kerana ianya hanyalah lakonan semata-mata hanya untuk menunjukkan kepada 'rakan-rakan' mereka yang PAS telah berubah.
Segalanya terletak kepada keputusan DAP dan PKR dimana PAS hanyalah sebagai pak turut sahaja.
Kembali semula kepada Hasan Ali yang juga seorang Ilmuan Agama, beliau telah berjaya menaikkan taraf PAS tetapi hanya untuk sementara kerana secara terangnya, puak-puak Erdogan / Anwarinas didalam PAS telah berjaya 'menakluki' PAS seterusnya menidakkan keupayaan Hasan Ali serta Ilmuan Agama yang lain di dalam PAS. Kita boleh lihat, Majlis Syura PAS juga menyokong Hasan Ali. Selain itu Timbalan Mursyidul PAS, Harun Din juga tidak mendapat tempat di dalam Majlis Ulamak PAS.
Soalannya adalah kemanakah hala tuju PAS sekarang ? Adakah ianya untuk Agama, Bangsa dan Negara atau sekadar 'penempel' di Pakatan Rakyat yang kabur matlamatnya. DAP bersama chauvanis nya dan PKR hanya untuk menyelamatkan seseorang dan suka menimbulkan huru-hara.
Secara terus terang, aku tidak berapa setuju jika Hasan Ali dan rakan-rakan ingin keluar dari PAS dan menyertai UMNO kerana sepatutnya UMNO dan PAS bergerak bersama untuk menegakkan Agama, Bangsa dan Negara. UMNO boleh menjadi wadah orang Melayu dan PAS boleh menjadi kumpulan pendesak orang Melayu yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu secara am nya tetapi apa yang terjadi sekarang – orang Melayu berpecah dan tiada kekuatan untuk menandingi kaum-kaum yang lain dan mereka dengan sewenang-wenangnya boleh meminta apa sahaja untuk kaum mereka dan ini bukan salah mereka. Sebenarnya mereka mendapat 'kelulusan' dari orang Melayu sendiri.
PAS pernah menuduh UMNO mengamalkan sekularisma tetapi jika dilihat sekarang ini, PAS lebih sekular dari UMNO sendiri hanya kerana ingin 'berkawan' dengan DAP dan PKR. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Ternyata bangsa Melayu itu sendiri yang rugi kerana berpecah.
Disinilah Hasan Ali boleh memainkan peranan beliau bersama Ilmuan yang lain untuk mengembalikan perjuangan PAS balik ke landasan yang sebenarnya. Jika beliau keluar, maknanya beliau telah melepaskan tanggungjawab beliau untuk Agama,! Bangsa dan Negara dan puak Erdogan / Anwarinas secara keseluruhannya telah menguasai PAS dan dengan senang hati boleh merosak dan memalukan PAS itu sendiri.
Hasan Ali sepatutnya bekerja dengan lebih keras lagi bersama para sahabatnya untuk menidakkan perkara ini daripada berlaku kerana jika beliau meninggalkan PAS bermakna beliau telah mengaku kalah. Puak-puak Erdogan / Anwarinas sememangnya menunggu peluang untuk menjadikan PAS sebagai milik mereka sepenuhnya. Hasan Ali boleh melonjakkan kembali PAS kepada asalnya bersama yang lain dan menjadikannya sebagai pilihan kepada orang Melayu untuk lebih berjaya dan bergandingan dengan UMNO untuk kekuatan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhannya.
Hasan Ali lah orangnya yang boleh melakukannya sekarang bersama rakan-rakan beliau yang lain di dalam PAS untuk mengembalikan PAS balik kepada asalnya.
Wallahu'alam…
KO
Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Anda mungkin juga meminati:
Blogger PAS Desak Harun Din Dipecat Kerana Imej Islam ?
Panas: Hasan Ali Kata Pas Jadi ‘Pak Turut’!
Hasan Ali Dipecat Berkuatkuasa Serta Merta Bukti Nik Aziz ...
Portfolio Agama: PAS Ganti Kopiah Dengan Topi, Jubah Dengan ...
HOT : ADA AHLI PAS YANG SUDAH DESAK NIK AZIZ DAN HADI ...
LinkWithin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment