Sunday, February 12, 2012

Parti DAP atau Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party) adalah parti politik serpihan dari Parti Tindakan Rakyat atau nama singkatan PAP (People Action Party) di Singapura, diasaskan pada,Oktober 1965 dan didaftarkan di Malaysia pada 18 Mac 1966. Parti Politik ini berfahaman sosialis dan Parti ini adalah ahli yang berdaftar dengan Badan Sosialis Antara Bangsa. Orang kuat atau no.1 dalam Parti DAP YB Lim Kit Siang pernah menjadi Pembantu ahli Politik bagi LKY dan Devan Nairbekas Presiden Singapura. Walau pun Parti ini adalah sebuah parti berbilang kaum tetapi didominasikan oleh etnik Cina di negara ini. Orang Melayu tidak berminat pada perjuangan DAP kerana Dasarnya "Malaysian Malaysia" adalah perjuangan yang bertunjangkan "hak sama-rataan", di antara kaum majoriti dan minoriti di negara ini. DAP ini ingin mencerobohi sempadan Hak kaum majoriti yang dibina sejak kemerdekaan dan termetrai dalam Perlembagaan Negara ia itu " Hak keistimewaan Melayu". DAP sebenarnya ingin memecah tembok "hegemoni kuasa Politik Melayu" tanpa memikirkan "Hegemoni Kuasa ekonomi" berada pada tangan etnik Cina negara ini pada sekian lama di negara ini. Di mana-mana negara di dunia kaum majoriti secara lazimnya adalah mengawal dan menguasai ekonomi negara dan kuasa politik tetapi di negara ini keadaan ini telah terabai sekian lama bagi kaum majoriti Melayu. Tidak menghormati hak majoriti dan ingin merobohkan sempadan ini yang telah terbina sejak kemerdekaan negara; cuma mengundang konflik etnik tidak kesudahan yang akan menghancurkan negara ini. Sempadan hak majoriti dan kaum minoriti ini perlu sentiasa saling dihormati dalam konteks negara pelbagai kaum. Orang Melayu walau pun marah dengan DAP ini tetapi banyak UMNO kena belajar dari Parti ini dari segi Politik. Ahli DAP adalah ahli yang paling aktif dalam politik negara ini. Berkesanan parti berkenaan dalam menggerakan para aktivisnya dengan gigih dan sikap tidak pernah undur walau pun berkali-kali kalah dalam pilihanraya memberi kejayaan yang dicapai parti berkenaan inilah puncanya. Misalnya kejayaan DAP menawan Pualu Pinang menjadi titik marah besar kepada UMNO. Kemenangan DAP di Pulau Pinang perlu kita semua bimbangi. Bukan mengambil sikap marah. Pemimpin DAP tidak pernah putus asa untuk mendapatkan sebuah kerajaan negeri selepas 40 tahun berusaha mendaptkanya. Sebenarnya inilah perjuangan dalam politik sebenar. UMNO perlu ikuti semangat dan cara bekerja DAP untuk merampas ke empat negeri yang terlepas kepada pembangkang pada PR 2008. DAP memang sebuah Parti Chaunis kerana orang Cina adalah kaum chaunis yang kuat pegang kepada identiti mereka. Sekiranya kita bimbang kepada kemaraan DAP dan Ideologi Sosialis demokrat yang diubah sesuai dari fahaman komunis masa kini ini mula meresap ke dalam kelompok orang Melayu terutama golongan PAS, orang Melayu perlu cepat sedar dan cepat bertindak. Gerak kerja seperti mana dijalankan oleh DAP perlu ditiru. Perkara Paling penting ialah UMNO perlu kena jaga intergeriti pemimpin-pemimpin bersih dari rasuah, tidak tamak jawatan dan harta, dan perlu belajar hidup sederhana. Pendekatan yang diambil oleh Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang yang meniru jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz sepatutnya dirampas dan dipraktikan oleh semua pemimpin parti UMNO. Kadangkala Marah akan membuatkan musuh akan menjadi lebih kuat dan kita pulak akan lakukan kesilapan yang mengikut sifat amarah tanpa menggunakan akal yang sempurna. DAP ini semakin menjadi kebal kerana dilindungi oleh batang-batang tubuh dari Parti Melayu Islam yang boleh bertahan sebarang pukulan ribut dari UMNO. Walau pun tubuh- tubuh Melayu ini yang dilindungi DAP ini awal-awal lagi tahu cara politik DAP adalah berkaitan dengan penentangan terhadap perbedzaan hak asasi, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara, dasar ekonomi baru dengan matlamat menjadikan setiap kaum adalah sama dan tidak ada perbedzaan taraf. Perjuangan DAP adalah perjuangan menidakan sejarah negara ini. Kenapa tubuh-tubuh Melayu ini sanggup menjadi perisai untuk DAP?. Gilakan Kuasa Politik (real politic) adalah jawapannya. Mereka ini terlalu ingin berkuasa menjadikan ini alpa tentang kepentingan bangsanya sendiri. DAP perlukan sokongan Melayu kerana DAP dibenci oleh orang Melayu. Parti Politik Islam yang mengelarkan diri mereka pejuang Islam pula inginkan sokongan bukan Islam untuk berkuasa. Maka jadilah sebuah Pakatan yang terjerumus kepada menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri di tanah air yang dicintai. Anda mungkin juga meminati: BIAR BETUL!!! MCAM TAK PERCAYA KUTU HAPRAK 80'S @ KUTU BUS ... BONGKAR!!! SUDAH ADA PEMENANG JUARA LAWAK UNTUK TAHUN DEPAN ... BABI LAGI POPULAR DARI NIK AZIZ DAN ANUWAR ADAKAH MAT SABU MENGHALALKAN DARAH PEJUANG MELAYU LEBIH ... LinkWithin Dicatat oleh Mohammad Roslan di 9:26 AM 6 ulasan Pautan pada catatan ini Label: lagi haram jadah

No comments:

Post a Comment