PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 3, 2012
PAS Baiah Isteri, DAP Baiah RM5 Juta
Jika Pas mengikat ADUN dan Ahli Parlimennya dengan Baiah talak tiga, yang bermaksud mereka gadaikan isteri mereka dan hanya boleh kembali setelah dikahwini dan ditiduri lelaki lain, DAP pun ada Baiahnya juga, iaitu perjanjian bahawa jika melompat, mereka terpaksa membayar RM5 juta.
Rahsia ini terbongkar apabila Ngeh yang merupakan bekas Menteri Besar Sebenar Perak (berbonekakan Nizar) hilang sabar apabila satu lagi ADUN Perak lompat parti, dan dalam kekepohan untuk mengertak ADUN Malim Nawar beliau telah membocorkan rahsia perjanjian tersebut.
RM5 Juta, itulah nilai yang di letakkan oleh DAP terhadap amanah yang diberikan rakyat. Jika keperluan untuk memerintah negara ialah lebih separuh dari 222 jumlah kerusi parlimen, ini bermakna dengan RM5 juta x 112 kerusi iaitu RM560 Juta, kerajaan Malaysia boleh dijual kepada sesiapa saja.
Ini juga menunjukkan bahawa dalam DAP dan PKR calon yang dipilih hanya diikat dengan wang dan kesetiaan mereka benar-benar diragui, malah PAS juga meletakkan calon-calon yang perlu diikat dengan tali material (isteri).
Tidak hairan jika mereka ragu terhadap wakil-wakil mereka kerana ianya benar-benar menjadi nyata dengan wakil-wakil PKR keluar bertali arus dari parti masing-masing, dan masih berterusan sehingga semalam. Ini bukti jelas bahawa PR tiada keupayaan untuk memilih wakil rakyat mereka pun.
Jika itulah tahap "ketelitian" mereka memilih wakil rakyat, dapatlah rakyat bayangkan "ketelitian" mereka dalam merancang pemerintahan negara.
DAP bercadang saman ADUN paling tadah
Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri, bertali leher biru) berkata pihaknya akan bertindak jika kedua-dua mereka tidak membayar bayaran pampasan RM5 juta setiap seorang seperti yang termaktub dalam perjanjian yang mereka tandatangani selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum 2008.
Keputusan itu diambil berikutan pengumuman mengejutkan semalam apabila Keshvinder Singh (Malim Nawar) mengumum meninggalkan parti itu.
Beliau adalah ADUN kedua DAP yang berbuat demikian selepas Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) berbuat demikian pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tumbang.
Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Ngeh menjelaskan semua perwakilan DAP di negeri itu diwajibkan menandatagani perjanjian yang hampir sama selepas pilihan raya Mac 2008.
"Mereka telah bersetuju bahawa jika mereka meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai ahli Bebas, mereka terpaksa membayar RM5 juta kepada parti,” kata Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas.
Print
Posted by Syburi Times at 16:41
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/06/pas-baiah-isteri-dap-baiah-rm5-juta.html#ixzz1nxF38pGL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment